Friday, July 23, 2010

summer camp


 

atau dalam bahasa melayunya; perkhemahan musim panas ISMA. itulah program yang saya sertai sebaik sahaja habis exams. cerita pasal exams hari tu macam tergantung, tak habis, tetiba cerita pasal cuti dah. hehe. exams dah habis 13 julai hari tu dah. alhamdulillah semua selamat. sekarang tengah berdebar tunggu result keluar je. 

pada mulanya, kak dilla yang kenalkan program ni pada saya. itupun sebab rakannya yang perkenalkan. kiranya kami tak tau apa-apa pun waktu daftar nak sertai. pada mulanya saya ingat program ni adalah jaulah musim panas seperti pergi ke matruh ke.. at least boleh beli kurma. sekali dapat tau program ni adalah lebih pada program yang macam zaman sekolah saya rasa, berbelah bahagi hati ini rasa ingin menarik diri. tapi memang bermimpi je lah kalau nak tarik diri, sebab memang tak boleh tarik diri sesuka hati.

hati makin tak keruan apabila dapat tahu akan dibahagikan mengikut kumpulan di sana nanti. peserta adalah dari seluruh mesir merangkumi cairo, alexandria, mansoura dan juga tanta. which means akan bercampurlah kesemuanya. apa yang saya tak puas hati, tiada seorang pun yang saya kenal rapat dalam kumpulan saya tu. at least kak dilla ada nana dan kak amnah, ulfah ada robex (suddenly ada wanigurl juga). bukannya saya tak pandai nak buat kawan, tapi kebiasaannya kalau kita pergi bercuti macam tu lah, mesti nak rakan yang kenal rapat bersama. barulah enjoy orang kata.

15 julai.

nak dijadikan cerita, saya pun sengajalah melengahkan pemergian ke tempat itu. program bermula  pada pagi 15 julai. tetapi terdapat segelintir rakan yang masih mempunyai biochemistry oral exam pada hari itu. kebanyakan pelajar mansoura, medic mahupun dirasat, telahpun pergi pada 14 julai. maka selebihnya, akan menaiki tramco sendiri ke sana nanti. saya yang sudah tamatnya exam pada 13 julai, diberi pilihan untuk memilih trip 14 ataupun 15 julai. memandangkan hati pun tak berapa nak seronok, saya pilihlah tarikh yang memendekkan masa saya di sana. tapi pilihan itu datang dah lambat pun. petang 13 waktu dah nak maghrib, baru nak bagitau. nak physically prepared.. mentally prepared lagi.. nak fikir basuh baju lagi. jadi decide lah pergi 15 julai, senang cerita. 


kami sampai sana dah malam. sampai je terus dapat makan. tapi tak dapat balik terus ke bilik. kami kena pergi ke dewan untuk sertai muhadharah saifuddin qutuz. tapi kami sampai sana je, dah habis dah pun. betul-betul baru habis. dalam 15 minit camtu, dah beratur nak balik ke bilik. waktu ni lah baru kenal yang mana groupmates semua. oh ya, housemates pun dibahagikan mengikut kumpulan. kiranya groupmates yang baru saya kenal ni lah housemates saya. huuu~

16 julai.

pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke pantai. banyak permainan kami main. 9 kot jumlah kesemuanya. kami main permainan yang dinamakan ulat bulu, monyet pantai, kaki bakul, otak cair, dan apa tah lagi. ada ketam la, tali simpul la.. permainan dia best tapi saya tak enjoy sangat. saya pun tak tau kenapa. mungkin tak cukup lagi chemistry antara ahli kumpulan. entah la.


petang tu adalah aktiviti di dewan. kami ada choral speaking yang menceritakan tentang apa yang kita akan buat kalau kita berada pada zaman 100 tahun dahulu, ataupun tentang apa yang kita akan buat untuk 100 tahun akan datang. depends la pada group dapat yang mana satu. group saya dapat 100 tahun dahulu. aktiviti diteruskan dengan night orchestra. kami perlu membuat persembahan, dengan menghasilkan bunyi dari barang-barang yang kami kutip dari laut seperti siput ke.. kulit kerang ke.. suka hati lah nak buat apa, asalkan ada bunyi yang terhasil. sepatutnya persembahan perlu dibuat ketika makan-makan, sajian malam itu adalah bbQ. keadaan yang tidak mengizinkan maka kami teruskan je, nanti malam lain cerita.



bercakap pasal group, saya sebenarnya lupa nak ceritakan satu perkara. kami kesemunya terdiri daripada 9 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 6-10 orang ahli. nama kumpulan adalah berdasarkan negara yang ditetapkan. contohnya; saya dapat negara filipina. sebelum saya bertolak ke tempat program yang bernama ra'su sidr, saya telah mendapat tugasan untuk membuat kajian tentang negara filipina. kerana malam kebudayaan pada malam terakhir nanti, kami perlu membuat persembahan untuk mendedahkan kebudayaan negara masing-masing yang kami dapat. 8 negara lagi adalah negara perancis, sepanyol, ethiopia, jepun, turki, india, greece dan juga ukraine.

17 julai. 

pagi tu kami bertolak ke pantai lagi. kesimpulannya, memang tiap-tiap hari pergi ke pantai pun, kecuali hari terakhir sebab dah nak balik, sebab tu masing-masing rentung bila dah balik ke tempat masing-masing. hakhak.



hari ni punya aktiviti menarik sikit daripada semalam. kami bermula dengan membuat ukiran pasir. walaupun diriku ini bergelar anak jati pantai timur, yang memang kawasannya dekat dengan pantai, tak pernah hayat saya membuat istana pasir dan sebagainya. memang inilah kali pertama. berkat usaha dan kerjasama rakan sekumpulan, dapatlah kami siapkan dalam masa yang ditetapkan. alhamdulillah rekaan masjid filipina kami ni mendapat tempat ke-3.

ulfah bersama rekaan masjid kumpulan saya.

hari ni punya permainan saya rasa seronok sangat. mungkin chemistry tu dah ada. ataupun memang sebab permainan hari ni lagi mencabar dan sememangnya menyeronokkan. permainan semalam hanyalah setakat menarik dan saya tak menyukainya. permainan semalam lebih kepada penggunaan otak, dan hasilnya simple saja. dan itu membuatkan saya rasa bosan. kalau hari ni punya, memang all out pakai fizikal. dan saya memang suka lari-lari ni. ngee~~

kumpulan saya bermula dengan permainan batik polo. kami perlu memukul bola ke arah pihak lawan, dengan menggunkan kain batik, tanpa menjatuhkan bola. kalau jatuh, foul lah. seronok, memang seronok. dah lah main dalam air. mencabar. hehe.


seterusnya kami bermain rounders. kalau selama ni saya hanya mendengar saja permainannya tapi tak dapat bermain, hari ini saya berpeluang main. kumpulan saya menentang kumpulan ulfah. agak sengit la apabila kena menentang housemate sendiri. boleh buat gaduh ni. tapi tiada apa-apa pun. semua selamat je :D permainan diteruskan dengan blanket jellyball. macam main bola tampar. tapi bola yang digunakan tu besar dan ringan macam bola gym. boleh bayang tak macam mana? dan net yang digunakan bukan net, tapi adalah blanket. memang tak nampak la. main hentam je lah asalkan bola sampai ke pihak lawan.

permainan terakhir kami adalah war game. kami dibekalkan senjata iaitu belon air. kami perlu mengambil bendera yang berkibar di tengah laut, dan membawanya kembali ke darat. senjata kami tu boleh digunakan untuk mengebom pihak lawan. kalau dah kena tu, kira mati la. saya dah berjaya mendapatkan bendera itu, tapi malangnya dirampas pihak lawan ketika perjalanan pulang ke darat. sobsob.


oh, permaian belum berakhir sebenarnya. tadi tu kira yang lasak-lasak. sekarang main pakai otak lagi. pistol beracun, itulah namanya. kami perlu duduk dalam kumpulan. setiap kumpulan dibekalkan dengan satu pistol air. pistol itu akan bergerak dalam kumpulan masing-masing mengikut rentak lagu, dan akan berhenti pada orang yang memegangnya ketika berhentinya lagu. waktu inilah kami semua akan disoal dengan soalan tak kira soalan berkaitan sejarah mesir, sejarah malaysia, keagamaan mahupun medic. sekiranya kami dapat menjawab dengan betul, kami dapat menembak sesiapa saja dari kumpulan lain. sekiranya salah, sesiapa yang sedang memegang pistol itu, perlu menembak dirinya sendiri. kumpulan mana paling ramai ahlinya pada akhir permainan, dia lah yang menang.


ok, this is the most fun part, i supposed. sebelum permainan yang dinamakan blanket chak ni bermula, kami perlu berkenalan dengan kesemua peserta program. kiranya kami perlu tahu nama semua orang yang angkanya mencecah 100 dalam masa yang singkat. selepas itu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. yang ini tidak mengikut kumpulan negara masing-masing. bahagi je sesuka hati. selepas itu, 10 orang daripada setiap kumpulan perlu dimekapkan 'secantik' mungkin, mengikut kreativiti masing-masing. antara 2 kumpulan tersebut, ada satu blanket besar yang memisahkan. selepas artis-artis dimekapkan, seorang daripada setiap kumpulan perlu duduk di sebalik blanket. setelah kedua-dua peserta bersedia, blanket akan dinaikkan. maka bermulalah permainan.


peserta mana yang dapat meneka dahulu dengan tepat siapakah pihak lawannya itu, dialah yang menang. takdelah terus menang macam tu je, ikut overall lah juga.

artis mana lagi hot?
winking


malam kemuncak program adalah malam kebudayaan. see, kan dah cakap program ni macam zaman sekolah-sekolah dahulu. mesti ada malam kebudayaan kan selalunya. so malam ni, kami perlu mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing. tak kiralah nak buat apa pun, asalkan niat tu sampai. ada yang nyanyi, ada yang buat kelas mengajar bahasa, dan yang paling penting semua kumpulan buat sketsa. alhamdulillah negara filipina menduduki tempat pertama untuk malam kebudayaan ni. :)


18 julai.

hari terakhir dah. tiada apa sangat pun yang berlaku, setakat majlis penutup yang simple di hadapan blok penginapan ajk sekalian. negara yang menang keseluruhan adalah negara ethiopia. tahniah ye. kami mula berkumpul untuk pulang pada pukul 10 pagi.


mangsa mansoura yang sentiasa ketinggalan.
big grin

kesimpulannya.. saya suka je program ni. tiada apa yang tak best pun yang berlaku. gimik je lebih waktu mula-mula taknak pergi tu. kalau ada lagi tahun depan (ni dah kali ke-3), insyaAllah join lagi. tengoklah pada tempat diadakan, dan kalau tak bertembung dengan waktu peperiksaan
happy

1 jejak ditinggalkan:

farah dilla said...

lalallalalalalala~~~~~~~~~~~(no coment)hehehe

Post a Comment