Friday, July 9, 2010

nearly ends


jom kita hitung hari sama-sama. oral physiology dan histology dah lepas. tinggal oral anatomy dan biochemistry saja. wah, tak sabarnya. lepas ni saya pula merdeka. wuuu, bahagia~~

nak dengar cerita pasal oral exam saya yang dah lepas tu tak? maaflah tiada cerita untuk written exam. kesibukan melampau tersangat. erkk, atau sebenarnya masalah dengan internet? hmm.. tak kisahlah mana-mana. lagipun written exam semua orang dapat soalan sama je. pengalaman berbeza pada oral exam.

haritu exam physio bukan main takut lagi. mana taknya, tiada gap langsung antara oral exam tu dengan written psychology. betul-betul sehari selepas written exam tu, mana sempat nak revise kan. mula tahun ni, universiti dah tukar sistem exam. sepatutnya oral exam subjek tertentu betul-betul selepas witten exam subjek tu. tapi sistem sekarang, diaorang habiskan semua written dulu, then baru oral. jadi kena buku balik lah apa yang dah baca dulu kan.

oh, cerita oral physio tak habis. saya dapat 6 soalan, 3 soalan dari seorang doctor, which means saya dapat satu soalan dari setiap subtopic physio. ada orang dapat 4 soalan je, tak aci. huhu~ tapi tak kisahlah, janji dah selamat jawab. alhamdulillah ok la. :) :) :) tiga smiles lagi saya bagi. heee~

tapi tadi oral histo tidak meyakinkan sangat. tibanya saya dekat meja doktor, saya nampak kertas soalan bersepah atas meja. ingatkan dapat peluang pilih soalan macam doktor kat meja sebelah. tapi tak pun. doktor pilih kertas soalan atas sekali dan soalan tu berkaitan dengan pituitary gland. doktor suruh describe. baru sikit cerita, doktor melencong tanya pasal suprarenal gland. dah la waktu tengah exam tu, ada 2 makhluk kacau-kacau saya dari bangunan sebelah. distract attention orang je. marah betul saya. :P

sebenarnya kan nak kata exam tadi saya tak boleh jawab, takde lah pulak. tapi respond doc tu tak best. dah la muka serius je. macam jawapan saya semua salah, tapi tak pula beliau kata salah. tapi memang ada satu soalan beliau saya tak boleh jawab. beliau tanya jenis sel kat zona fasciculata (suprarenal cortex). penat recall, sekali jawapan dia spongiocytes sebab dia ada cholestrol semua-semua tu. aduhh, tak perasan pun benda tu waktu revise. orang lain semua pun dapat soalan macam susah. doctor suruh describe LM dan EM lagi. kesimpulannya histo this year sangat tough bagi saya, tak kira written mahupun oral. huuu~

ok lepas ni anatomy pula. budak first year exam haritu cakap ada doktor dari msia. sorang je, tapi beliau akan berpindah-randah masuk bilik memana nak soal students. haih, cuak pula. tak nak lah dapat doktor tu, kalau tak dapat jawab tak ke segan? grrr~ pape lah. yang penting sekarang revise je dulu mana yang mampu. sikit je lagi, pasni dapat la hela nafas panjang. :D


1 jejak ditinggalkan:

lisa azelan said...

mcm susah je :o

kat alex pun sistem mcm ni ke? oral exam? bunyi mcm tak best je -.-"

Post a Comment