Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

new sEm.hiGh cOm.zAkaT

5 jejak ditinggalkan

Assalamualaikum. 

Sudah sekian lama saya menyepi daripada meng’update’ blog ini. Alasan bertimbun. Yang paling tak boleh blah, idea tertinggal kat msia. Memang nak kena cari idea baru ni. 

Mesti pelawat setia blog saya tertunggu-tunggu sabby’s tales seterusnya. Cerita terbaru? Saya dah lama dah kembali ke bumi ‘tercinta’, mesir. Sejak 5 oktober haritu lagi. Bermakna sekarang saya telah bergelar pelajar perubatan tahun 3 di universiti mansoura. Dalam tempoh hampir 3 minggu ni, dah banyak pelajaran yang telah dipelajari. Semua subjek baru belaka, kalau nak dibandingkan dengan subjek 2 tahun yang telah berlalu. Ada yang menarik, yang sangat menarik, lebih menarik dan paling menarik. Haaa.. kesimpulannya menarik lah pelajaran tahun ni. 

Siapa-siapa yang masih berada di msia tu pasti tertanya-tanya bagaimana lah pelajaran kami ini. Nasihat saya, cepat lah pulang ke sini. Kerana sememangnya sudah banyak kami belajar. Kalau nak nyatakan satu-satu, pasti ada yang blur kerana memang tak pernah lihat subjek ini sebelum ini. Maka datang dan tengok sendiri lah.

Kami kat sini dah lantik semua ajk tertinggi batch yang baru. Majoriti muka baru. Secara tak semena-mena, saya dilantik menjadi penolong setiausaha. Maka dengan komitmen baru yang diberi ini, saya bakal dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 2 blog; blog batch saya, dan blog saya ini semestinya. Maka tidak hairanlah jika selepas ini blog saya bakal bersawang lagi.

Lagi cerita, pasal zakat maidam. Khas untuk pelajar Terengganu di mesir sahaja. Informasi yang saya tahu ini, daripada abang saya sendiri yang berada di kaherah. Maknanya kalau saya tak bersikap ingin tahu, memang saya pun takkan tahulah. Saya pelik kenapa kami tidak diberitahu secara direct daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Apa yang saya ingin beritahu ialah, senarai nama penerima zakat telah keluar. Sila lah semak link ini. Saya difahamkan, untuk menerima zakat kali ini, kami perlu menghadiri kursus selama dua hari di iskandariah. Terdapat dua fasa, fasa satu pada 25-26 oktober, dan fasa dua pada 26-27 oktober. Sila semak untuk ketahui anda tergolong dalam fasa yang mana satu. Pengangkutan adalah urusan sendiri, manakala penginapan akan disediakan. Perlulah dibawa bersama kelengkapan selama 2 hari 1 malam, serta berpakaian formal + blazer + berkasut.

Itu sahaja buat masa ini. InsyaAllah akan cuba update dengan lebih kerap selepas ini.

Wassalam~~

Friday, July 23, 2010

summer camp

1 jejak ditinggalkan
 

atau dalam bahasa melayunya; perkhemahan musim panas ISMA. itulah program yang saya sertai sebaik sahaja habis exams. cerita pasal exams hari tu macam tergantung, tak habis, tetiba cerita pasal cuti dah. hehe. exams dah habis 13 julai hari tu dah. alhamdulillah semua selamat. sekarang tengah berdebar tunggu result keluar je. 

pada mulanya, kak dilla yang kenalkan program ni pada saya. itupun sebab rakannya yang perkenalkan. kiranya kami tak tau apa-apa pun waktu daftar nak sertai. pada mulanya saya ingat program ni adalah jaulah musim panas seperti pergi ke matruh ke.. at least boleh beli kurma. sekali dapat tau program ni adalah lebih pada program yang macam zaman sekolah saya rasa, berbelah bahagi hati ini rasa ingin menarik diri. tapi memang bermimpi je lah kalau nak tarik diri, sebab memang tak boleh tarik diri sesuka hati.

hati makin tak keruan apabila dapat tahu akan dibahagikan mengikut kumpulan di sana nanti. peserta adalah dari seluruh mesir merangkumi cairo, alexandria, mansoura dan juga tanta. which means akan bercampurlah kesemuanya. apa yang saya tak puas hati, tiada seorang pun yang saya kenal rapat dalam kumpulan saya tu. at least kak dilla ada nana dan kak amnah, ulfah ada robex (suddenly ada wanigurl juga). bukannya saya tak pandai nak buat kawan, tapi kebiasaannya kalau kita pergi bercuti macam tu lah, mesti nak rakan yang kenal rapat bersama. barulah enjoy orang kata.

15 julai.

nak dijadikan cerita, saya pun sengajalah melengahkan pemergian ke tempat itu. program bermula  pada pagi 15 julai. tetapi terdapat segelintir rakan yang masih mempunyai biochemistry oral exam pada hari itu. kebanyakan pelajar mansoura, medic mahupun dirasat, telahpun pergi pada 14 julai. maka selebihnya, akan menaiki tramco sendiri ke sana nanti. saya yang sudah tamatnya exam pada 13 julai, diberi pilihan untuk memilih trip 14 ataupun 15 julai. memandangkan hati pun tak berapa nak seronok, saya pilihlah tarikh yang memendekkan masa saya di sana. tapi pilihan itu datang dah lambat pun. petang 13 waktu dah nak maghrib, baru nak bagitau. nak physically prepared.. mentally prepared lagi.. nak fikir basuh baju lagi. jadi decide lah pergi 15 julai, senang cerita. 


kami sampai sana dah malam. sampai je terus dapat makan. tapi tak dapat balik terus ke bilik. kami kena pergi ke dewan untuk sertai muhadharah saifuddin qutuz. tapi kami sampai sana je, dah habis dah pun. betul-betul baru habis. dalam 15 minit camtu, dah beratur nak balik ke bilik. waktu ni lah baru kenal yang mana groupmates semua. oh ya, housemates pun dibahagikan mengikut kumpulan. kiranya groupmates yang baru saya kenal ni lah housemates saya. huuu~

16 julai.

pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke pantai. banyak permainan kami main. 9 kot jumlah kesemuanya. kami main permainan yang dinamakan ulat bulu, monyet pantai, kaki bakul, otak cair, dan apa tah lagi. ada ketam la, tali simpul la.. permainan dia best tapi saya tak enjoy sangat. saya pun tak tau kenapa. mungkin tak cukup lagi chemistry antara ahli kumpulan. entah la.


petang tu adalah aktiviti di dewan. kami ada choral speaking yang menceritakan tentang apa yang kita akan buat kalau kita berada pada zaman 100 tahun dahulu, ataupun tentang apa yang kita akan buat untuk 100 tahun akan datang. depends la pada group dapat yang mana satu. group saya dapat 100 tahun dahulu. aktiviti diteruskan dengan night orchestra. kami perlu membuat persembahan, dengan menghasilkan bunyi dari barang-barang yang kami kutip dari laut seperti siput ke.. kulit kerang ke.. suka hati lah nak buat apa, asalkan ada bunyi yang terhasil. sepatutnya persembahan perlu dibuat ketika makan-makan, sajian malam itu adalah bbQ. keadaan yang tidak mengizinkan maka kami teruskan je, nanti malam lain cerita.



bercakap pasal group, saya sebenarnya lupa nak ceritakan satu perkara. kami kesemunya terdiri daripada 9 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 6-10 orang ahli. nama kumpulan adalah berdasarkan negara yang ditetapkan. contohnya; saya dapat negara filipina. sebelum saya bertolak ke tempat program yang bernama ra'su sidr, saya telah mendapat tugasan untuk membuat kajian tentang negara filipina. kerana malam kebudayaan pada malam terakhir nanti, kami perlu membuat persembahan untuk mendedahkan kebudayaan negara masing-masing yang kami dapat. 8 negara lagi adalah negara perancis, sepanyol, ethiopia, jepun, turki, india, greece dan juga ukraine.

17 julai. 

pagi tu kami bertolak ke pantai lagi. kesimpulannya, memang tiap-tiap hari pergi ke pantai pun, kecuali hari terakhir sebab dah nak balik, sebab tu masing-masing rentung bila dah balik ke tempat masing-masing. hakhak.



hari ni punya aktiviti menarik sikit daripada semalam. kami bermula dengan membuat ukiran pasir. walaupun diriku ini bergelar anak jati pantai timur, yang memang kawasannya dekat dengan pantai, tak pernah hayat saya membuat istana pasir dan sebagainya. memang inilah kali pertama. berkat usaha dan kerjasama rakan sekumpulan, dapatlah kami siapkan dalam masa yang ditetapkan. alhamdulillah rekaan masjid filipina kami ni mendapat tempat ke-3.

ulfah bersama rekaan masjid kumpulan saya.

hari ni punya permainan saya rasa seronok sangat. mungkin chemistry tu dah ada. ataupun memang sebab permainan hari ni lagi mencabar dan sememangnya menyeronokkan. permainan semalam hanyalah setakat menarik dan saya tak menyukainya. permainan semalam lebih kepada penggunaan otak, dan hasilnya simple saja. dan itu membuatkan saya rasa bosan. kalau hari ni punya, memang all out pakai fizikal. dan saya memang suka lari-lari ni. ngee~~

kumpulan saya bermula dengan permainan batik polo. kami perlu memukul bola ke arah pihak lawan, dengan menggunkan kain batik, tanpa menjatuhkan bola. kalau jatuh, foul lah. seronok, memang seronok. dah lah main dalam air. mencabar. hehe.


seterusnya kami bermain rounders. kalau selama ni saya hanya mendengar saja permainannya tapi tak dapat bermain, hari ini saya berpeluang main. kumpulan saya menentang kumpulan ulfah. agak sengit la apabila kena menentang housemate sendiri. boleh buat gaduh ni. tapi tiada apa-apa pun. semua selamat je :D permainan diteruskan dengan blanket jellyball. macam main bola tampar. tapi bola yang digunakan tu besar dan ringan macam bola gym. boleh bayang tak macam mana? dan net yang digunakan bukan net, tapi adalah blanket. memang tak nampak la. main hentam je lah asalkan bola sampai ke pihak lawan.

permainan terakhir kami adalah war game. kami dibekalkan senjata iaitu belon air. kami perlu mengambil bendera yang berkibar di tengah laut, dan membawanya kembali ke darat. senjata kami tu boleh digunakan untuk mengebom pihak lawan. kalau dah kena tu, kira mati la. saya dah berjaya mendapatkan bendera itu, tapi malangnya dirampas pihak lawan ketika perjalanan pulang ke darat. sobsob.


oh, permaian belum berakhir sebenarnya. tadi tu kira yang lasak-lasak. sekarang main pakai otak lagi. pistol beracun, itulah namanya. kami perlu duduk dalam kumpulan. setiap kumpulan dibekalkan dengan satu pistol air. pistol itu akan bergerak dalam kumpulan masing-masing mengikut rentak lagu, dan akan berhenti pada orang yang memegangnya ketika berhentinya lagu. waktu inilah kami semua akan disoal dengan soalan tak kira soalan berkaitan sejarah mesir, sejarah malaysia, keagamaan mahupun medic. sekiranya kami dapat menjawab dengan betul, kami dapat menembak sesiapa saja dari kumpulan lain. sekiranya salah, sesiapa yang sedang memegang pistol itu, perlu menembak dirinya sendiri. kumpulan mana paling ramai ahlinya pada akhir permainan, dia lah yang menang.


ok, this is the most fun part, i supposed. sebelum permainan yang dinamakan blanket chak ni bermula, kami perlu berkenalan dengan kesemua peserta program. kiranya kami perlu tahu nama semua orang yang angkanya mencecah 100 dalam masa yang singkat. selepas itu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. yang ini tidak mengikut kumpulan negara masing-masing. bahagi je sesuka hati. selepas itu, 10 orang daripada setiap kumpulan perlu dimekapkan 'secantik' mungkin, mengikut kreativiti masing-masing. antara 2 kumpulan tersebut, ada satu blanket besar yang memisahkan. selepas artis-artis dimekapkan, seorang daripada setiap kumpulan perlu duduk di sebalik blanket. setelah kedua-dua peserta bersedia, blanket akan dinaikkan. maka bermulalah permainan.


peserta mana yang dapat meneka dahulu dengan tepat siapakah pihak lawannya itu, dialah yang menang. takdelah terus menang macam tu je, ikut overall lah juga.

artis mana lagi hot?
winking


malam kemuncak program adalah malam kebudayaan. see, kan dah cakap program ni macam zaman sekolah-sekolah dahulu. mesti ada malam kebudayaan kan selalunya. so malam ni, kami perlu mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing. tak kiralah nak buat apa pun, asalkan niat tu sampai. ada yang nyanyi, ada yang buat kelas mengajar bahasa, dan yang paling penting semua kumpulan buat sketsa. alhamdulillah negara filipina menduduki tempat pertama untuk malam kebudayaan ni. :)


18 julai.

hari terakhir dah. tiada apa sangat pun yang berlaku, setakat majlis penutup yang simple di hadapan blok penginapan ajk sekalian. negara yang menang keseluruhan adalah negara ethiopia. tahniah ye. kami mula berkumpul untuk pulang pada pukul 10 pagi.


mangsa mansoura yang sentiasa ketinggalan.
big grin

kesimpulannya.. saya suka je program ni. tiada apa yang tak best pun yang berlaku. gimik je lebih waktu mula-mula taknak pergi tu. kalau ada lagi tahun depan (ni dah kali ke-3), insyaAllah join lagi. tengoklah pada tempat diadakan, dan kalau tak bertembung dengan waktu peperiksaan
happy

Wednesday, June 16, 2010

exams dah start. yeay!

6 jejak ditinggalkan
written exams for finals has begun.
dimulakan dengan physiology pada 12 jun hari tu.
erkk, sorry for the outdated post.
internet sangat nazak, kalah ketika berada di rumah lama.
hmm.. kenapa lah bahasa sangat rojak ni?
thought formulation tidak dapat membantu untuk menyampaikan dengan baik.
sehinggakan apa saja yang terlintas, terus ditaip saja.
dah lama sangat ke tak blogging ni.
sampai nak bercerita pun tak reti dah.
straight face

esok ada paper lagi.
'favourite' subject lagi, histology.
*perkataan di apostrophe kan, faham-faham je lah*
huuu~
wish me luck, people.
saya nak balik malaysia cepat-cepat ni.
day dreaming

tiada apa sangat nak cakap.
hanya nak ucap selamat menjawab kepada semua pelajar universiti mansoura
yang sedang menduduki peperiksaan sekarang
terutama kepada pelajar tahun dua konvensional.
kepada pelajar yang dah tamat peperiksaannya tu,
selamat bergembira dan enjoy lah ye.
ALL THE BEST, people!!

pose maut b ketika pagi exam physiology
batting eyelashes

Tuesday, May 25, 2010

new environment

14 jejak ditinggalkan
attention!
saya dan ulfah telah berpindah.
ke mana?
nanti kita cakap belakang ea.
winking

so let's compare my new environment with the old one.
satu persamaan yang pasti,
dua-dua bilik warna favourite saya.
batting eyelashes


(b mencapub)
big grin

Saturday, May 8, 2010

mother's day

11 jejak ditinggalkan

Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in May, though also celebrated in March in some countries, as a day to honour mothers and motherhood. In Malaysia, mother's day is celebrated on second sunday every may.


 selamat hari ibu ummi! :)
love struck

p/s: gambar raya tahun lepas sengaja diletakkan.
tak sabar nak balik raya!
big grin
p/s: beza masa mesir lambat 5 jam daripada msia.
post is scheduled at gmt +8.00.

Friday, March 12, 2010

cultural day

0 jejak ditinggalkan
CULTURAL DAY

ni kali kedua universiti kami buat cultural day.
kali pertama last year la.
maksudnya?
saya dapat tengok progression cultural day dari tahun ke tahun la.
:D


PERFORMANCES
started by: palestinians




followed by: saudi arabians


then by: malaysians


tak sempat tengok syrians dan egyptians perform,
saya dan ulfah keluar dari dewan.
bosan gila tahun ni punya.
better tahun lepas kot.
kami pun keluar sebab nak cari makanan yang banyak
dan cambest kat luar.
sambil tu usha la booth diorang.


malaysians' and saudi arabians' booths
bersama houmates zaza, tapi zaza takde pun
semangat dorang ajar orang arab main batu seremban
mencapub je kerja
alatan tradisional saudi arabians
baju diorang
malaysians'.yang putih tu saya punya :D

kesimpulan untuk hari ni:
bosan la.
next year korang improve taw.
:)

Thursday, March 11, 2010

kesayanganku

2 jejak ditinggalkan
hari ni malas lah nak formal-formal. asyik cakap guna saya je. hari ni nak guna aku pulak. sebab aku nak cakap pasal orang-orang yang rapat dengan aku. kata orang bila kita cakap guna aku, maknanya kita rapat kan. ;-)

hmm..hari tu birthday aku, 8 mac. sebenarnya macam-macam aku rasa. gembira sebab both parents aku hantar message birthday sebab last year dorang lupa, tapi sedih pun ada. sedih atau lebih tepat, terasa. terasa sebab this year tak banyak dapat hadiah cam last year, sedih sebab ada kawan rapat tak wish pun, sedih sebab celebration this year tak macam last year. kalau last year, 5 kali kawan-kawan aku celebrate. macam tak caye kan? betul la. kat kedai ayam bakar depan universiti, welatain, slamlek, cafe2 dan restoran gmn. tak caye, tanya diorang. tapi this year sekali je. tu pun tak semua kawan rapat celebrate sesama.


kawan-kawan yang tegar; last year

malam ni punya cerita. patutnya aku keluar makan berdua je dekat restoran melayu, ridz cafe. aku pun ok je la. dah orang nak belanja kan, ikut je la. kononnya berdua, sampai-sampai kat restoran tu, ramai sangat kawan aku yang dah ada kat situ. aku masuk-masuk je, dorang nyanyi ramai-ramai lagu birthday. aku terharu sangat sebab semua orang yang rapat dengan aku, ada kat situ. kawan-kawan aku ni memang full of surprises yang tak jadi. ahaha. ala..bukan salah korang pun. aku yang punya instinct kuat sangat. nape tak jadi pulak?sebab aku dapat agak ada orang lain menanti aku kat restoran. at first, memang aku tak agak langsung ada surprise lagi macam last year. sebab tu la aku terasa sikit tu. tapi kalau tak orang yang jalan dengan aku nak pergi restoran tu pandai cover, aku memang tak dapat agak dah. waktu on the way tu muka gelisah je, dah la selalu dapat call, pastu bila aku tanya siapa call, boleh pulak dia cakap tak kenal. haih, tak logik betul. lain kali belajar skill nak cover noe.. :P

tapi memang lawak la. since last year aku dapat detect kalau korang nak buat surprise. aku pun tak reti camne nak kurangkan instinct aku ni. hehe. tapi tak kisah la. mana-mana pun, aku still enjoy and happy and of course appreciate usaha korang. korang jangan la sedih ekh, next year belajar lagi. orang lain take turn pulak. ahaha. this year punya dah jadi dah sebenarnya, tapi tak perfect je. :D




kitorang makan kenyang sangat. makanan restoran tu, nasi ayam. pastu dah la ada makanan lain diorang bawa. kredit untuk atok sebab buat mashed potato + coleslaw + gravy, dan tasya sebab goreng ayam koki + fries. lepas makan tu, upacara potong kek pulak.




ok..ok. ni part paling best. sabby dapat hadiah! ingatkan this year tak dapat dah sebab dah tua kan, dah masuk 20. tu pasal la cam sedih sikit. waktu birthday aku tu, aku dapat daripada auni dan sarah je. tu pun, yang dari sarah tu sebab tukar-tukar hadiah waktu jamuan hari tu. kalau tak, memang konfem la auni je bagi.

  auni bagi
yang ni, sarah

tu yang lama punya.
ni yang baru dapat.

from: biyanan dan syaz
aku boleh masukkan tangan kat dalam buat pukul-pukul orang dan buat peluk waktu tidur

from: tasya
aku boleh isi aksesori aku

from: faz dan nadia (housemates tasya) ; dorang wakil je
bukan hadiah potret uwis
tapi cermin pink yang comel cute (tadi tu reflection je)

from: kim
boleh sembur banyak-banyak kalau tak sempat mandi pagi

from: amal (kawan yang konon rapat tapi tak wish waktu birthday) :P
buat gantung kat pintu sudey

from: ulfah, housemate tercinta
barang keperluan (atau kehendak?) yang aku takde

from: zaza
bukti dia kawan rapat; faham yang aku ratu cermin :D

so..inilah hasilnya;

sebelum balik, mesti la ambil gambar dulu dengan semua orang, tapi ramai dah takde. kak dila dan zaza & housemates kena balik awal sebab masing-masing ada hal. yang ni je yang dapat kumpul. 


setelah malam ni berlalu, aku tak sedih dah, sebab korang semua still celebrate birthday aku sesame. tapi farid takde, tuisyen ekh? takpe, aku faham. aku sayang sangat korang sebab korang buat aku rasa dihargai gell (ayat kolej jap). friends forever ekh. :) kepada yang tak dijemput tu, jangan salahkan aku sebab bukan aku yang jemput sesapa. dan jangan la terasa dengan diorang. kalau korang yang lain nak, kita celebrate lagi ekh, cukupkan 5 kali. :D

special to: ulfah dan paan. thanks a lot bunches berbundle. aku tau korang dua paling bersusah- payah antara semua. aku tak cakap pun yang lain tak. semua buat kerja yang terbaik! dan aku hargai semua tu. tapi untuk korang dua ni, aku nak bagi special thanks sikit, sebab korang masih tegar bersama aku ketika suka dan duka, melayan kerenah aku yang entah pape, since last year. sayang korang banyak-banyak. :-*