hmm.. dah lama saya tinggalkan dunia blogging. entah ke mana pergi idea, terbang melayang. ceh, padahal sebab facebook punya pasal. tetiba rasa memang tak boleh nak bahagikan masa kalau nak uruskan tiga benda dalam satu masa; blogging, facebook and ofkos study biochemistry. selama ni memang terbiasa blogging sambil belajar je. dua dah, tak lebih. sekali ada facebook, tak kan nak layan tiga-tiga sekaligus. mahu tak naik tahun saya. so better focus pada mana yang lebih prioriti je dulu.
facebook tu lebih prioriti ke? ala.. boleh la hilangkan tense setelah menelaah biochemistry yang saya harapkan akan ada chemistry lah dengan saya nanti. lagipun, boleh menjejak rakan-rakan lama, tak kira kawan sekolah rendah, menengah, and even rakan plkn dahulu. memang kawan-kawan je ea.. saya tak approve kenalan baru. payah berkawan dengan orang yang mula kenal melalui alam maya ni. entah macam-macam kerenah. saya dah serik.
kalau ikut perkiraan tarikh, sudah 2 minggu saya belajar biochemistry dengan tekun, sejak keluar result semakan semula hari itu. alhamdulillah boleh kata dah habis cover semua. tapi yakinkah saya bahawa saya dapat ingat semua? tidak sama sekali! masa tinggal seminggu je lagi sebelum hari peperiksaan, perasaan mula gundah gulana. takut, dan pastinya gelisah, semua ada. ujian kali ini adalah penentu sama ada saya akan naik tahun 3 atau tak. tetiba rasa sangat jeles dengan rakan-rakan yang dah lepas yang confirm naik tahun. kak dilla, nak kacau akak dalam dewan kuliah lagi!! harap sangat dapat lepas exam kali ni.
kepala otak dah semakin berat. tak tahu nak revise apa lagi. saya perlukan rakan untuk main soal-soal dengan saya rasanya. selalunya macam tu lah, bila dah dekat exam, saya tak boleh belajar sendiri dah. asyik nak stress je tak tentu pasal. cuak je lebih. oh ALLAH, please guide me..~








