Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Friday, July 23, 2010

summer camp

1 jejak ditinggalkan
 

atau dalam bahasa melayunya; perkhemahan musim panas ISMA. itulah program yang saya sertai sebaik sahaja habis exams. cerita pasal exams hari tu macam tergantung, tak habis, tetiba cerita pasal cuti dah. hehe. exams dah habis 13 julai hari tu dah. alhamdulillah semua selamat. sekarang tengah berdebar tunggu result keluar je. 

pada mulanya, kak dilla yang kenalkan program ni pada saya. itupun sebab rakannya yang perkenalkan. kiranya kami tak tau apa-apa pun waktu daftar nak sertai. pada mulanya saya ingat program ni adalah jaulah musim panas seperti pergi ke matruh ke.. at least boleh beli kurma. sekali dapat tau program ni adalah lebih pada program yang macam zaman sekolah saya rasa, berbelah bahagi hati ini rasa ingin menarik diri. tapi memang bermimpi je lah kalau nak tarik diri, sebab memang tak boleh tarik diri sesuka hati.

hati makin tak keruan apabila dapat tahu akan dibahagikan mengikut kumpulan di sana nanti. peserta adalah dari seluruh mesir merangkumi cairo, alexandria, mansoura dan juga tanta. which means akan bercampurlah kesemuanya. apa yang saya tak puas hati, tiada seorang pun yang saya kenal rapat dalam kumpulan saya tu. at least kak dilla ada nana dan kak amnah, ulfah ada robex (suddenly ada wanigurl juga). bukannya saya tak pandai nak buat kawan, tapi kebiasaannya kalau kita pergi bercuti macam tu lah, mesti nak rakan yang kenal rapat bersama. barulah enjoy orang kata.

15 julai.

nak dijadikan cerita, saya pun sengajalah melengahkan pemergian ke tempat itu. program bermula  pada pagi 15 julai. tetapi terdapat segelintir rakan yang masih mempunyai biochemistry oral exam pada hari itu. kebanyakan pelajar mansoura, medic mahupun dirasat, telahpun pergi pada 14 julai. maka selebihnya, akan menaiki tramco sendiri ke sana nanti. saya yang sudah tamatnya exam pada 13 julai, diberi pilihan untuk memilih trip 14 ataupun 15 julai. memandangkan hati pun tak berapa nak seronok, saya pilihlah tarikh yang memendekkan masa saya di sana. tapi pilihan itu datang dah lambat pun. petang 13 waktu dah nak maghrib, baru nak bagitau. nak physically prepared.. mentally prepared lagi.. nak fikir basuh baju lagi. jadi decide lah pergi 15 julai, senang cerita. 


kami sampai sana dah malam. sampai je terus dapat makan. tapi tak dapat balik terus ke bilik. kami kena pergi ke dewan untuk sertai muhadharah saifuddin qutuz. tapi kami sampai sana je, dah habis dah pun. betul-betul baru habis. dalam 15 minit camtu, dah beratur nak balik ke bilik. waktu ni lah baru kenal yang mana groupmates semua. oh ya, housemates pun dibahagikan mengikut kumpulan. kiranya groupmates yang baru saya kenal ni lah housemates saya. huuu~

16 julai.

pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke pantai. banyak permainan kami main. 9 kot jumlah kesemuanya. kami main permainan yang dinamakan ulat bulu, monyet pantai, kaki bakul, otak cair, dan apa tah lagi. ada ketam la, tali simpul la.. permainan dia best tapi saya tak enjoy sangat. saya pun tak tau kenapa. mungkin tak cukup lagi chemistry antara ahli kumpulan. entah la.


petang tu adalah aktiviti di dewan. kami ada choral speaking yang menceritakan tentang apa yang kita akan buat kalau kita berada pada zaman 100 tahun dahulu, ataupun tentang apa yang kita akan buat untuk 100 tahun akan datang. depends la pada group dapat yang mana satu. group saya dapat 100 tahun dahulu. aktiviti diteruskan dengan night orchestra. kami perlu membuat persembahan, dengan menghasilkan bunyi dari barang-barang yang kami kutip dari laut seperti siput ke.. kulit kerang ke.. suka hati lah nak buat apa, asalkan ada bunyi yang terhasil. sepatutnya persembahan perlu dibuat ketika makan-makan, sajian malam itu adalah bbQ. keadaan yang tidak mengizinkan maka kami teruskan je, nanti malam lain cerita.



bercakap pasal group, saya sebenarnya lupa nak ceritakan satu perkara. kami kesemunya terdiri daripada 9 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 6-10 orang ahli. nama kumpulan adalah berdasarkan negara yang ditetapkan. contohnya; saya dapat negara filipina. sebelum saya bertolak ke tempat program yang bernama ra'su sidr, saya telah mendapat tugasan untuk membuat kajian tentang negara filipina. kerana malam kebudayaan pada malam terakhir nanti, kami perlu membuat persembahan untuk mendedahkan kebudayaan negara masing-masing yang kami dapat. 8 negara lagi adalah negara perancis, sepanyol, ethiopia, jepun, turki, india, greece dan juga ukraine.

17 julai. 

pagi tu kami bertolak ke pantai lagi. kesimpulannya, memang tiap-tiap hari pergi ke pantai pun, kecuali hari terakhir sebab dah nak balik, sebab tu masing-masing rentung bila dah balik ke tempat masing-masing. hakhak.



hari ni punya aktiviti menarik sikit daripada semalam. kami bermula dengan membuat ukiran pasir. walaupun diriku ini bergelar anak jati pantai timur, yang memang kawasannya dekat dengan pantai, tak pernah hayat saya membuat istana pasir dan sebagainya. memang inilah kali pertama. berkat usaha dan kerjasama rakan sekumpulan, dapatlah kami siapkan dalam masa yang ditetapkan. alhamdulillah rekaan masjid filipina kami ni mendapat tempat ke-3.

ulfah bersama rekaan masjid kumpulan saya.

hari ni punya permainan saya rasa seronok sangat. mungkin chemistry tu dah ada. ataupun memang sebab permainan hari ni lagi mencabar dan sememangnya menyeronokkan. permainan semalam hanyalah setakat menarik dan saya tak menyukainya. permainan semalam lebih kepada penggunaan otak, dan hasilnya simple saja. dan itu membuatkan saya rasa bosan. kalau hari ni punya, memang all out pakai fizikal. dan saya memang suka lari-lari ni. ngee~~

kumpulan saya bermula dengan permainan batik polo. kami perlu memukul bola ke arah pihak lawan, dengan menggunkan kain batik, tanpa menjatuhkan bola. kalau jatuh, foul lah. seronok, memang seronok. dah lah main dalam air. mencabar. hehe.


seterusnya kami bermain rounders. kalau selama ni saya hanya mendengar saja permainannya tapi tak dapat bermain, hari ini saya berpeluang main. kumpulan saya menentang kumpulan ulfah. agak sengit la apabila kena menentang housemate sendiri. boleh buat gaduh ni. tapi tiada apa-apa pun. semua selamat je :D permainan diteruskan dengan blanket jellyball. macam main bola tampar. tapi bola yang digunakan tu besar dan ringan macam bola gym. boleh bayang tak macam mana? dan net yang digunakan bukan net, tapi adalah blanket. memang tak nampak la. main hentam je lah asalkan bola sampai ke pihak lawan.

permainan terakhir kami adalah war game. kami dibekalkan senjata iaitu belon air. kami perlu mengambil bendera yang berkibar di tengah laut, dan membawanya kembali ke darat. senjata kami tu boleh digunakan untuk mengebom pihak lawan. kalau dah kena tu, kira mati la. saya dah berjaya mendapatkan bendera itu, tapi malangnya dirampas pihak lawan ketika perjalanan pulang ke darat. sobsob.


oh, permaian belum berakhir sebenarnya. tadi tu kira yang lasak-lasak. sekarang main pakai otak lagi. pistol beracun, itulah namanya. kami perlu duduk dalam kumpulan. setiap kumpulan dibekalkan dengan satu pistol air. pistol itu akan bergerak dalam kumpulan masing-masing mengikut rentak lagu, dan akan berhenti pada orang yang memegangnya ketika berhentinya lagu. waktu inilah kami semua akan disoal dengan soalan tak kira soalan berkaitan sejarah mesir, sejarah malaysia, keagamaan mahupun medic. sekiranya kami dapat menjawab dengan betul, kami dapat menembak sesiapa saja dari kumpulan lain. sekiranya salah, sesiapa yang sedang memegang pistol itu, perlu menembak dirinya sendiri. kumpulan mana paling ramai ahlinya pada akhir permainan, dia lah yang menang.


ok, this is the most fun part, i supposed. sebelum permainan yang dinamakan blanket chak ni bermula, kami perlu berkenalan dengan kesemua peserta program. kiranya kami perlu tahu nama semua orang yang angkanya mencecah 100 dalam masa yang singkat. selepas itu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. yang ini tidak mengikut kumpulan negara masing-masing. bahagi je sesuka hati. selepas itu, 10 orang daripada setiap kumpulan perlu dimekapkan 'secantik' mungkin, mengikut kreativiti masing-masing. antara 2 kumpulan tersebut, ada satu blanket besar yang memisahkan. selepas artis-artis dimekapkan, seorang daripada setiap kumpulan perlu duduk di sebalik blanket. setelah kedua-dua peserta bersedia, blanket akan dinaikkan. maka bermulalah permainan.


peserta mana yang dapat meneka dahulu dengan tepat siapakah pihak lawannya itu, dialah yang menang. takdelah terus menang macam tu je, ikut overall lah juga.

artis mana lagi hot?
winking


malam kemuncak program adalah malam kebudayaan. see, kan dah cakap program ni macam zaman sekolah-sekolah dahulu. mesti ada malam kebudayaan kan selalunya. so malam ni, kami perlu mempersembahkan kebudayaan negara masing-masing. tak kiralah nak buat apa pun, asalkan niat tu sampai. ada yang nyanyi, ada yang buat kelas mengajar bahasa, dan yang paling penting semua kumpulan buat sketsa. alhamdulillah negara filipina menduduki tempat pertama untuk malam kebudayaan ni. :)


18 julai.

hari terakhir dah. tiada apa sangat pun yang berlaku, setakat majlis penutup yang simple di hadapan blok penginapan ajk sekalian. negara yang menang keseluruhan adalah negara ethiopia. tahniah ye. kami mula berkumpul untuk pulang pada pukul 10 pagi.


mangsa mansoura yang sentiasa ketinggalan.
big grin

kesimpulannya.. saya suka je program ni. tiada apa yang tak best pun yang berlaku. gimik je lebih waktu mula-mula taknak pergi tu. kalau ada lagi tahun depan (ni dah kali ke-3), insyaAllah join lagi. tengoklah pada tempat diadakan, dan kalau tak bertembung dengan waktu peperiksaan
happy

Friday, June 18, 2010

teman hidup

7 jejak ditinggalkan
semalam bawa b pergi jumpa vet. hari tu punya infection kat upper respiratory tract b tak heal lagi. vet suruh tukar antibiotic baru which is lagi powerful and surely lagi mahal. demi b, disanggupkan jua. harap b sihat sepenuhnya lah lepas ni. ingat tak dulu b pernah kena inject vaccine? kan kebiasaannya vaccine kena inject 2 kali, nak boost effect yang kali pertama. maka sebab itulah b kena inject lagi semalam.


dan semalam juga saya belikan b rakan. bukan sama spesies b la yang pasti. tak larat la. yang satu ni pun tak terkejar. saya belikan b kura-kura yang dinamakan bubu! ilham dapat nama sebab nak kasi senang panggil, bibi dan bubu. :) kenapa kura-kura? sebab saya pernah pergi rumah k. wana, dan beliau membela kura-kura. waktu tu b ada bersama. b seronok mengejar kura-kura yang dinamakan kuma itu. maka tercetuslah idea untuk memberikan b teman. tambahan pula, kura-kura ni senang jaga. setakat tukar air once in a while dan juga bagi makan yang dia pun tak seberapa nak makan, saya rasa tiada masalah lah. :D


teman hidup saya,
bibi dan bubu.
love struck

Sunday, May 23, 2010

new b

12 jejak ditinggalkan
b dah sihat.
alhamdulillah.
tapi b jadi makin nakal.
makin ganas.
b suka hentam laptop saya,
suka terkam muka saya,
tarik rambut,
gigit-gigit kaki,
lompat-lompat atas nota saya,
lari dan lompat sana sini langsung tak keruan,
memang tak duduk diam.
tapi apa yang paling pasti,
b makin manja dengan saya.
love struck

sekarang dah sangat susah nak ambil gambar b.
b tak bagi kerjasama.
susah sangat nak duduk diam.
hanya tiga pandangan ni je yang dapat;

pandangan tak puas hati

pandangan innocence

pandangan ke masa depan

Thursday, May 6, 2010

surprising zaza

9 jejak ditinggalkan
5 may 2010.
 Alhamdulillah dengan perancangan rapi saya dan rakan-rakan, birthday surprise zaza menjadi. yeay! kalau dulu kejutan birthday ulfah dan saya tidak berapa menjadi, sekarang kami boleh berbangga memandangkan zaza tidak syak sedikit pun. "u tak syak kan zaza.. seronok kan." :)

pada mulanya punya la susah nak ajak keluar. rancangan untuk tidur di rumah zaza dan seterusnya ajak zaza tidur di rumah tu hanyalah alasan agar senang nak umpan zaza. tapi apabila kami ajak keluar, pelbagai alasan diberi. akhirnya nasib baiklah dia setuju juga. "sebab jeles ea za, i ajak najwa depan u.. sebab 'konon' dah merajuk dengan u sebab u tak nak ikut.." ahak.

lokasi: sungai nil mansoura


muka terkejut zaza



"asal monyok je, tasya?rindu tam ea.." :D

orang kata waktu belajar, kita belajar. waktu main, kita main. alang-alang dah seronok tu, kami nak lah berseronok sepanjang hari kan. tau, final exams dah dekat :D lepas solat maghrib di masjid nadinil, kami terus pergi ke pusat bowling kat kawasan sikkah. ingat kat mansoura ni tiada bowling ke? ada taw. tapi dua lane je lah. cukuplah untuk kami buat 2 teams. :) tasya tak dapat ikut serta sebab dia ada urusan. tapi memang kesian pun kat dia, sakit gigi. "makan ubat taw, sya." yuya pula, asalnya kata nak ikut. kami masuk masjid je, dah hilang dah dia. pelik. ahaha.




 wish u thousands of happiness, zaza. :)

Tuesday, May 4, 2010

BOy saBBY

16 jejak ditinggalkan
i've been very busy lately. buat apa je lah sangat. bak kata ulfah, "kalau dulu orang kata berdua lebih baik, sebenarmya bertiga lebih baik." eh, apa yang berdua, apa yang bertiga kan. saya dan ulfah dapat housemate baru! sebab tu lah penghuni rumah kami dah jadi tiga. dan sebab tu juga lah kot saya busy terlebih, sampaikan nak update blog pun memang tak sempat.

memperkenalkan housemate baru kami, BOy saBBY = BOBBY!!

first day (2nd may): muka busuk, tahi mata pun ada lagi.

second day bobby kat sini, saya dah hantar pergi 'nursery', suruh uncle sein jaga. sebab saya nak overnight kat rumah zaza. pakcik tu yang volunteer nak jaga. sampai kat rumah zaza je, housemates dia bising sebab saya tak angkut bobby pergi rumah dorang. mana la nak tahu dorang pun suka kucing.

tak mampu berpisah dengan bobby lama, third day bobby jadi milik saya iaitu pada hari ini, saya dah ambil bobby balik. rindu sangat lah, sampai termimpi-mimpi dah semalam. huhu~

bobby bersama soft toys saya
dalam banyak-banyak soft toys, dia paling takut dengan patung kucing ni ha. dia ingat foe dia kot sebab sama spesies. ahaha.
bobby termenung.
eh, dah lelap. :))
bobby ketika tidur tersangatlah adorable :)

p/s: tadi mama cakap sewa rumah akan naik.
:(

Tuesday, April 20, 2010

new, cute chatbox

5 jejak ditinggalkan
tadi saya blogwalking di blog seseorang.
saya pergi la comment di chatbox beliau dan tekan satu word tu 
lalu keluar emoticon yang saya agak sangat cute!
chatbox yang digunakan ialah cbox.
maka saya pun membuat keputusan untuk menggunakan cbox juga.
perlukah saya remove shoutmix saya?
*sila vote*
:D

di sini cbox saya.

anda boleh cuba menekan pelbagai emoticon untuk melihat hasilnya.
basically saya customize berdasarkan standard shortcut.
dan saya menambah beberapa emoticon berdasarkan perkataan harian yang sering kita guna,
seperti tidur, study, makan, blogwalking dll.
selamat bermain dengan emoticon baru tersebut! 
:)

p/s: semalam dah selamat practical histo dan hari ni practical anat.
focus hari ni pada practical biochem esok.
p/s: selamat meneruskan perjuangan semua orang!~~

Thursday, April 1, 2010

ouh, award lagi~

9 jejak ditinggalkan
wah..wah..wah..dapat award lagi.
tapi kali ni award lain pula.
hari tu dapat award sebab blog yang 'kononnya' interesting.
kali ni dapat award dengan title yang berbeza;
beautiful blogger award.
dengan rasa terharu+berbesar hati+hidung kembang kempis
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyampai award bernama
cik azie nur'auni shbini!!
(namanya saja cik tapi she's taken okay) 
;)


oit auni.
saya pun dah sama-sama confuse dengan awak.
award ni sebab blog ni cantik ke sebab blogger nya cantik?
ngeh3.
blogger kan bermaksud orang yang blogging.
so beautiful blogger tu refer kat kita la kan.
hahaha.
(berkata dengan penuh perasaan yang perasan)
:) :D :P 

sila refer kepada post yang lama.
rules dia masih sama.
tapi kali ni saya tetiba kerajinan nak laksanakan rules no 2 dan 3.

disebabkan title award ni beautiful blogger,
saya nak sampaikan kepada perempuan sahajalah.
*wink*
kepada nama yang disebut, sila line up untuk menerima anugerah.

mereka adalah;
and lastly...awak lah cik auni (saya bagi balik)

7 perkara pasal saya:
1. saya suka pink.
2. saya suka chocolate.
3. saya suka teddy bear.
4. saya suka kucing.
5. saya suka karipap.
6. saya suka pau ayam hospital putrajaya.
7. saya suka buat bunyi pelik-pelik.

7 perkara BUKAN pasal saya:
(tiada dalam rules :D)
1. saya suka cicak.
2. saya suka menari.
3. saya suka gitar.
4. saya suka bola.
5. saya suka ulam.
6. saya suka jalan-jalan.
7. saya suka barbie doll.

ok, siapa yang dapat award tu, sila claim ye.
copy and paste sudeyy.
:D

Thursday, March 11, 2010

kesayanganku

2 jejak ditinggalkan
hari ni malas lah nak formal-formal. asyik cakap guna saya je. hari ni nak guna aku pulak. sebab aku nak cakap pasal orang-orang yang rapat dengan aku. kata orang bila kita cakap guna aku, maknanya kita rapat kan. ;-)

hmm..hari tu birthday aku, 8 mac. sebenarnya macam-macam aku rasa. gembira sebab both parents aku hantar message birthday sebab last year dorang lupa, tapi sedih pun ada. sedih atau lebih tepat, terasa. terasa sebab this year tak banyak dapat hadiah cam last year, sedih sebab ada kawan rapat tak wish pun, sedih sebab celebration this year tak macam last year. kalau last year, 5 kali kawan-kawan aku celebrate. macam tak caye kan? betul la. kat kedai ayam bakar depan universiti, welatain, slamlek, cafe2 dan restoran gmn. tak caye, tanya diorang. tapi this year sekali je. tu pun tak semua kawan rapat celebrate sesama.


kawan-kawan yang tegar; last year

malam ni punya cerita. patutnya aku keluar makan berdua je dekat restoran melayu, ridz cafe. aku pun ok je la. dah orang nak belanja kan, ikut je la. kononnya berdua, sampai-sampai kat restoran tu, ramai sangat kawan aku yang dah ada kat situ. aku masuk-masuk je, dorang nyanyi ramai-ramai lagu birthday. aku terharu sangat sebab semua orang yang rapat dengan aku, ada kat situ. kawan-kawan aku ni memang full of surprises yang tak jadi. ahaha. ala..bukan salah korang pun. aku yang punya instinct kuat sangat. nape tak jadi pulak?sebab aku dapat agak ada orang lain menanti aku kat restoran. at first, memang aku tak agak langsung ada surprise lagi macam last year. sebab tu la aku terasa sikit tu. tapi kalau tak orang yang jalan dengan aku nak pergi restoran tu pandai cover, aku memang tak dapat agak dah. waktu on the way tu muka gelisah je, dah la selalu dapat call, pastu bila aku tanya siapa call, boleh pulak dia cakap tak kenal. haih, tak logik betul. lain kali belajar skill nak cover noe.. :P

tapi memang lawak la. since last year aku dapat detect kalau korang nak buat surprise. aku pun tak reti camne nak kurangkan instinct aku ni. hehe. tapi tak kisah la. mana-mana pun, aku still enjoy and happy and of course appreciate usaha korang. korang jangan la sedih ekh, next year belajar lagi. orang lain take turn pulak. ahaha. this year punya dah jadi dah sebenarnya, tapi tak perfect je. :D




kitorang makan kenyang sangat. makanan restoran tu, nasi ayam. pastu dah la ada makanan lain diorang bawa. kredit untuk atok sebab buat mashed potato + coleslaw + gravy, dan tasya sebab goreng ayam koki + fries. lepas makan tu, upacara potong kek pulak.




ok..ok. ni part paling best. sabby dapat hadiah! ingatkan this year tak dapat dah sebab dah tua kan, dah masuk 20. tu pasal la cam sedih sikit. waktu birthday aku tu, aku dapat daripada auni dan sarah je. tu pun, yang dari sarah tu sebab tukar-tukar hadiah waktu jamuan hari tu. kalau tak, memang konfem la auni je bagi.

  auni bagi
yang ni, sarah

tu yang lama punya.
ni yang baru dapat.

from: biyanan dan syaz
aku boleh masukkan tangan kat dalam buat pukul-pukul orang dan buat peluk waktu tidur

from: tasya
aku boleh isi aksesori aku

from: faz dan nadia (housemates tasya) ; dorang wakil je
bukan hadiah potret uwis
tapi cermin pink yang comel cute (tadi tu reflection je)

from: kim
boleh sembur banyak-banyak kalau tak sempat mandi pagi

from: amal (kawan yang konon rapat tapi tak wish waktu birthday) :P
buat gantung kat pintu sudey

from: ulfah, housemate tercinta
barang keperluan (atau kehendak?) yang aku takde

from: zaza
bukti dia kawan rapat; faham yang aku ratu cermin :D

so..inilah hasilnya;

sebelum balik, mesti la ambil gambar dulu dengan semua orang, tapi ramai dah takde. kak dila dan zaza & housemates kena balik awal sebab masing-masing ada hal. yang ni je yang dapat kumpul. 


setelah malam ni berlalu, aku tak sedih dah, sebab korang semua still celebrate birthday aku sesame. tapi farid takde, tuisyen ekh? takpe, aku faham. aku sayang sangat korang sebab korang buat aku rasa dihargai gell (ayat kolej jap). friends forever ekh. :) kepada yang tak dijemput tu, jangan salahkan aku sebab bukan aku yang jemput sesapa. dan jangan la terasa dengan diorang. kalau korang yang lain nak, kita celebrate lagi ekh, cukupkan 5 kali. :D

special to: ulfah dan paan. thanks a lot bunches berbundle. aku tau korang dua paling bersusah- payah antara semua. aku tak cakap pun yang lain tak. semua buat kerja yang terbaik! dan aku hargai semua tu. tapi untuk korang dua ni, aku nak bagi special thanks sikit, sebab korang masih tegar bersama aku ketika suka dan duka, melayan kerenah aku yang entah pape, since last year. sayang korang banyak-banyak. :-*