Showing posts with label winter break. Show all posts
Showing posts with label winter break. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

jaulah dahab-sinai

0 jejak ditinggalkan

ohoho.
dah lama tak blogging.
almost a week.
mana sabby pergi?
saya pergi jalan2 la.
ke dahab dan sinai.

februari 10, 2010

kami (saya bersama 40 orang pelajar perubatan yang lain) bertolak lebih kurang pukul 3.00 am dari mansoura. melalui terusan suez, kami akhirnya tiba di semenanjung sinai. destinasi pertama adalah bekas tapak kubu israel yang terletak antara gunung sinai dan  terusan suez. dari sini kami boleh nampak sempadan israel, jordan dan juga arab saudi. israel telah menggunakan kubu ini ketika mereka menyerang egypt pada tahun 1973. peperangan selama 10 hari telah dimenangi oleh egypt pada 16 oktober 1973. itu pasal la ada tempat 6th October City kt cairo. mereka nak memperingati peristiwa ini la.






  

sempat bermain dengan tasik air tawar. nama je tawar, tapi air tetap masin..


malam tu juga kami bertolak ke dahab dan check-in di hotel khattab. kami berpeluang berjalan-jalan kat belakang hotel tu sementara tunggu chef kami, abang nan masak makan malam. 





februari 11, 2010

pagi2 lagi dah kena bangun untuk aktiviti safari. nama je safari, mula2 ingat masuk hutan. punya la cuak takut kena kejar dengan harimau ke ape, tapi main kat padang pasir je pun. mana ada haiwan tu semua. :) kalau terase nak main,sila2 la ke dahab. korang hanya perlu bayar le 100 kalau single, dan le 120 untuk double. single atau double tu maksudnya satu quadbike tu boleh naik sorang atau 2 orang la. hehe.






lepas makan tengahari, kami kena bersiap untuk aktiviti snorkelling kat blue hole. best tau dapat masuk air sambil practise swimming. dah la dapat tengok haiwan underwater. cantik je kat dalam tu. nak dive in tapi terase takut la pulak. bayar le 30 je sorang. berbaloi la. rugi kalau tak try. :)




malam tu ada bbq. dah penat seharian bermain, mesti nak makan sedap2 pulak. terima kasih kepada ajk yang berpenat lelah siapkan makanan. kami yang lain sempat tidur lagi. jangan jeles ye. :D

sempat bermain uno sementara tunggu makanan siap.

abang sito memberi ucapan. 

makan time. =p~

di kala insan lain lena selepas bbq, mereka sibuk membakar marsmellow. :)

kami pula sambung bermain :D


februauri 12 dan 13, 2010

last day kat dahab. sedih je. tapi perjalanan mesti diteruskan. nak pergi sinai pula. tiba2 cepat pula kami bersiap. sempat bersiar-siar lagi. :)





ketika dalam perjalanan, kami singgah di beberapa buah tempat bersejarah di sinai.

makam nabi saleh



batu berukiran lembu samiri


kisah lembu samiri ni macam ni. nabi musa nak minta pertolongan Allah dan beliau bagitau kaumnya yang beliau nak pergi selama 30 hari. beliau tinggalkan nabi haroun in-charged. instead of 30 days, he was gone for 40 days. kaum2 beliau pun berhenti percaya pada Allah dan mereka mula mengukir lembu samiri pada batu untuk dijadikan bahan sembahan. ukiran lembu samiri tu masih ada sampai lah sekarang...

makam nabi haroun


wadi arba'in (meeting place of 40 famous sheikhs)
jarak perjalanan: 3 km


mata air 12
(salah satu mukjizat nabi musa; satu mata air untuk satu kaum)

malam tu kami meneruskan perjalanan mendaki bukit sinai pada pukul 12.00 am. berbekalkan semangat yang kental, perjalanan sejauh 11 km diredah jua. terdapat 7 checkpoints yang disediakan bagi membolehkan kami berehat sebentar untuk hilangkan penat. tapi kami perlu cepat, kalau tak, kami tak berpeluang melihat matahari terbit. hanya dalam masa 4 jam, kami sampai ke puncak bukit.

di salah satu checkpoints, bersama pakcik dari prague



ya..itu dia. saat yang dinantikan.. 

cantik kan.. :)

hmm..matahari dah pun terbit. maksudnya? dah sampai masa kena turun pula la. pukul 10.00 am nanti dah nak mula bertolak pulang ke mansoura pula. kami hanya menggunakan masa selama 2 jam untuk sampai ke kaki bukit. separuh perjalanan daripada masa mendaki. hebat! :D 



ketika dalam perjalanan pulang, kami singgah ke sebuah tempat yang dinamakan hammam firaun yang terletak di teluk suez. firaun gunakan tempat ini untuk mengubati penyakit rheumatism, sakit sendi dan tulang lah lebih kurang. kat dalam tu panas sangat, macam sauna la. saya tak berminat pun nak masuk. confirm berpeluh sebab panas. malas dah nak tukar baju. lebih interested bermain dengan laut merah. :)




kami sampai di mansoura pada pukul 9.30 pm. sampai saja di rumah, tak mampu berkata apa2 dah. jumpa katil dan pengsan.

it was a long and tiring but exciting journey.
:)


Saturday, February 6, 2010

musim menternak sudah tiba

2 jejak ditinggalkan
jemputan khas untuk zaza and housemates.
dah berkurun jemput mereka datang bertandang ke rumah,
hari ni baru la mereka nak datang.
dah nama pun kami (saya dan ulfah) hidup berdua,
peti ais tu pun tak terisi sangat la.
nak masak untuk mereka makan pun tiada lauk.
finally decide masak spageti dan mushroom soup je,
sebab tak payah nak pakai banyak bahan sangat.
nasib baik ada lebihan luncheon (daging hancur) hari tu.
selamat la kitorang.


ulfah,zaza,me,najwa n fadhiila


kim (another friend) arrived after isyak.
makanan dah habis awal2 dah.
tak reti bajet dorh,selama ni masak untuk 2 orang je.
hehe.
so saya pergi la masak mee bandung,
instant sudey.
ala..memang nak kena habiskan pun paste tu,
nak dekat dah expiry date.
kalu buat manual,
nanti yang tu bazir la bila dah expired.
(padahal nak cover tak reti masak)
:P

so makan la lagi untuk round yang ke berapa tah.
perut dah kenyang,kembali la menghadap lappy.
tiba2 kak dila tegur kat ym.
dia ajak makan kek pisang sebab housemate dia buat
khas untuk birthday girl, her another housemate.
zaza and hosemates dah balik awal2 dah.
tinggal kim je la dengan saya dan ulfah.
kitorang pun rasa macam ok je nak pergi rumah kak dila.
sebab memang nak pergi hantar kim balik rumah pun nanti.
lagipun,mana senang nak dapat kek pisang bila dah dekat sini.
dekat msia bersepah la.
;)

niat di hati nak makan kek pisang je,
tapi bila kak dila dah offer makan makaroni bakar,
ambil la rasa sikit nak jaga hati tuan rumah.
makan lagi.
ish..asyik makan je.
perut pun membulat.
:D
lama la jugak lepak dekat rumah kak dila.
ulfah pun sibuk je nak sedut movie masuk external hard disk.
tapi kesian dia, mission not accomplished.
kim tak boleh balik lambat,
dia ada date dengan orang msia dekat ym.
bila dah rushing macam tu,
masa tu la laptop hang..hard disk not detected..
macam2 problem la.
terpaksa la ulfah balik dengan hati yang hampa.
cerita yang dia nak tu tak boleh nak sedut.
;)

dah hantar kim.
kim pulak bagi cheese cake.
sebab memang dia dah janji nak bagi
dan kata nak bawa waktu datang rumah kami awal2.
tapi dia lupa bawa.
alang2 kami dah hantar dia tu,
dia bagi je la terus.
waktu dah sampai rumah,
ulfah bagi la sikit kawan kami yang teman kami keluar.
saya rasa la sikit.
haih, makan lagi.
habis aku, program diet tak berjalan langsung.
:-S

sekarang dah ada dekat rumah.
ngantuk.
tapi perut penuh.
muka dah tembam.
ada orang panggil saya bear.
takot berat naik.
tapi asyik rasa lapar.
asyik rasa nak makan.
chocolate is a must.
3.32 am.
*yawn*

Friday, February 5, 2010

perut berbunyi 'kriuk..kriuk'

0 jejak ditinggalkan
cuti : day 1
bangun2 je sambung tengok movie lagi.
tengahari tu ada la makhluk yang baik hati
bagi my hosemate and i makan karipap.
macam tahu2 saja kami lapar.
heh,rajin korang buat ea.
tapi kenapa makan rasa ubi kentang je?
tiada luck betul tak dapat yang ada ayam.
:(

petang tu murah rezeki lagi.
Alhamdulillah.
tasya ajak makan kat umah dia sebab dia buat open house.
kiranya dia baru buat la ni since pindah rumah hari tu.
banyak betul makanan.
ada mee bandung,nasi himpit,ayam rendang,jeli buah,cekodok,
puding karamel,keropok dan lain2 yang dah hilang dari ingatan.
haaa...leleh kau!
=p~


tasya, at the centre holding ape tah


muka keriangan selepas kekenyangan


lepas balik dari rumah tasya tu,
saya dan ulfah teman la kawan kami sorang tu
sebab dia nak withdraw duit.
hari tu nak withdraw dah,
tapi kesian dia ek tak boleh withdraw sebab card problem.
muka bahagia je bila dah dapat duit.
nasib baik la kami dah kenyang,
kalau tak, sure dah kena paw dengan saya dan ulfah.
;)



lepas tu meronggeng la kejap
dekat area depan kuliah kitorang semua.
nak rushing balik pun buat ape,
kan tengah cuti.
:)

location: kedai kek baron


location: kedai haiwan


location: kedai cermin mata


dah penat jalan tu balik rumah je la.
terbongkang terus.
zzz...~

p/s: terima kasih kepada sesiapa yang terlibat
yang mengisi perut saya dan ulfah :)