Showing posts with label pengisian. Show all posts
Showing posts with label pengisian. Show all posts

Friday, April 23, 2010

kuku besi.. eyh2, bukan.

2 jejak ditinggalkan
 KUKU PANJANG

Dosa Berkuku Panjang 
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. 
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. 
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis  kuman  seperti  yang  terdapat  dalam  najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan  sabun. Oleh itu,  sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

 buruk gila kott kalau kuku panjang :P

artikel dipetik dari sini.

Friday, April 9, 2010

doa menghadapi peperiksaan

2 jejak ditinggalkan
rakan-rakan, esok dah mula exam ye. adey, cuak! :-S

ok relax. tarik nafas panjang-panjang. jom baca doa. :)


Doa-doa Menghadapi Peperiksaan


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

all the best ye semua~

Friday, April 2, 2010

bersyukurlah jika anda seorang wanita

5 jejak ditinggalkan
kenapa dengan tajuk entri ye? kalau anda seorang wanita dan mempunyai sifat ingin tahu, sila lah meneruskan pembacaan. dan jika anda seorang lelaki, dan nak tau juga, baca je lahhhh. :D

berdasarkan hadis;
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.




Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. kepada si wanita, bersyukur yek.....:)

Friday, March 26, 2010

buruknya berburuk sangka

0 jejak ditinggalkan
salam. dua tiga hari ni, post asyik pasal exam je. benda dunia ingatkan juga, tapi tak boleh la lupakan yang akhirat. so, hari baik ni, hari jumaat, saya nak post sikit sesuatu untuk peringatan bersama. saya tahu saya bukanlah baik mana pun nak nasihat-nasihatkan orang, blog saya ni pun memang tempat saya mencurahkan rasa. jadi mestilah sasaran segala post dalam blog ni ditujukan sepenuhnya kepada diri sendiri dahulu.

berbalik kepada tajuk post. berburuk sangka ni memang beri banyak keburukan. pertama,
mendapat dosa. berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.


kedua, dusta yang besar. berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah: 

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.


ketiga, menimbulkan sifat buruk. berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. dalam satu hadith, Rasulullah bersabda: 






"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.


kesimpulannya, don't judge a book by its cover. kenali seseorang tu betul-betul dulu baru lah nak fikir atau cakap bukan-bukan. jangan disebabkan luaran dia tak menyenangkan, dah mula fikir macam-macam. setiap perkara yang terjadi kan ada sebabnya. tapi sebaiknya, bila dah kenal tu jangan ingat boleh mengata pula. berbuat baiklah dengan orang tu dan barulah memulakan langkah dengan menegur seseorang itu. nak menegur pun biarlah berhikmah. sedap didengar dan orang yang ditegur pun tak sakit hati. barulah senang nak ikut nasihat tu. dan janganlah memulaukan seseorang atas sebab pemikiran buruk sangka anda. itulah perkara terburuk yang menyukarkan seseorang untuk berubah.

segala luahan rasa saya sendiri adalah berdasarkan pengalaman yang lepas. saja nak post sebagai pengajaran bersama. :)

Monday, March 22, 2010

inspire

0 jejak ditinggalkan
We are what we repeatedly do. Excellence, therefore,
is not an act but a habit.

- Aristotle

Friday, March 5, 2010

people can change

2 jejak ditinggalkan
Smart Circle (SC) MEGA, location: dewan persada jazirah al-ward. SC ni diwajibkan kepada semua pelajar tahun 1 dan 2. sebab tu nama pun jadi mega. walaupun tak semua pelajar hadir, tapi saya tetap hadir. see, kan dah cakap saya budak baik. :P heh, perasan jek. waktu saya dan kak dila sampai tu, kami dah terlepas satu slot sebenarnya. slot purifying the soul.

memandangkan dah terlepas pengisian asal, saya pinjam la notebook fadhiila. at least ada la juga ilmu saya dapat sikit. berdasarkan nota dia la kan, dia ada la tulis tanda-tanda hati mati dan cara ubatinya. alamak, saya takde la ingat exactly apa yang dia tulis kan. antara yang saya ingat, dia ada catit, kalau susah nak bangun subuh, mula-mula baca doa biar syaitan tu lari, pastu ambil wudhu nak bagi segar. then insyaAllah tiada masalah untuk bangkit dari katil tu. berbalik kepada hati, ustaz yang merupakan pelajar dirasat tu kata, bila hati dah mati, kita sedar kita buat silap tapi kita tak hentikannya. so cara nak ubati balik, banyak-banyakkan la beristighfar pada Allah. insyaAllah hidup la balik hati tu. :)

tetiba je abang muaz masuk cam nak bagi ceramah. padahal tak termasuk dalam agenda pun. beliau menekankan pasal khidmat musyrif. beliau kata, betapa pentingnya akhawat menggunakan khidmat musyrif sebab nak elak gangguan orang arab. beliau ada cerita kes yang pernah terjadi yang mana pelajar perempuan diikuti orang arab dari pusat tuisyen sampai la ke rumah. uish, melampau da tu. nak kacau pun sikit-sikit dah la kan. tapi kita mana boleh expect apa orang nak buat. so, prevent la. tetiba teringat ayat abang muaz, "jangan jadikan diri sendiri penyebab orang lain buat silap". terkena batang hidung sendiri kot. sebab abang muaz cakap yang ada je kes budak junior tak nak pakai musyrif sebab dia nampak ada senior keluar tanpa musyrif. saya selalu je keluar tanpa musyrif. sorry :D ala..kes saya lain. saya tak nak pakai bukan sebab rasa musyrif ni menyusahkan, tapi saya yang takut menyusahkan. dah..dah..jangan argue. fullstop!

majlis diteruskan lagi dengan slot open your eyes yang merupakan penyampaian berbentuk video, iaitu lagu yang dinyanyikan oleh maher zain. waktu ni enjoy la juga sebab lagu tu cambest. :) pastu ustaz salman maskuri memainkan peranan dengan menyambung slot. beliau banyak memberi peringatan tentang kehidupan di dunia dan akhirat dengan menyatakan kebesaran Allah sebagai pencipta manusia, makhluk yang sungguh kompleks hinggakan dunia saintis masih lagi tidak dapat menyaingi; pengklonan manusia yang langsung tak sempurna sifat.



slot ishfino disampaikan oleh ustazah dirasat. dalam slot ini, setiap daripada kami diberi sekeping roti fino. kami diarahkan untuk menutup mata dan muhasabah diri. pastu ustazah tu akan sebut situasi dan kesilapan yang biasa dilakukan pelajar sekarang. untuk setiap kesilapan, kami kena gigit roti tu dan makan la of course. makin kecil roti tu, nampak sangat la banyak kesilapan yang pernah dilakukan. waktu ni, kalau ada sesiapa yang tak insaf lagi tu, tak tau la dah keras mana dah hati tu. nauzubillah.

ok. ni last part dan yang paling saya tersentuh. pihak ajk ada memasang video lagu berubah nyanyian edcoustic. lagu ni simple je. tapi serius disebabkan lagu ni la air mata pertama saya gugur pada hari ini. seolah-olah terkena batang hidung sendiri. sungguh, lagu ni memang menusuk sampai ke hati. saya pasti, majoriti tak faham apa perkaitannya. biarlah rahsia.


Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku




kak una, akak sc saya

p/s: sc best.

p/s: habis sc,pergi pasar :)



Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul :)

2 jejak ditinggalkan
baru je sampai rumah. semalam saya pergi ceramah kat universiti, sempena maulidur rasul. sungguh tak sangka, sangat ramai yang hadir semalam. wah, kagum kejap! :) penceramah tu didatangkan khas dari universiti cairo. muda lagi, baru 26 tahun. kihkih. tajuk ceramah tu, 'Mata Rantai Perjuangan Rasulullah: peranan mahasiswa kini'. agak best la. ada video dan slide digunakan. saya paling tersentuh dengan video 'kalau Rasulullah bersama kita' tu. tambah lagi ada part wanita nangis, bila dia cakap kalau baginda ada bersama, mesti tidak ada kemiskinan di situ. video tu dirakam di kalangan orang Arab Mesir. masing-masing yang memberi pendapat, semua nak baginda bersama kita. ye lah, siapa yang tak nak kan. semua nak. lagi satu ada video pasal kejujuran. video tu mereka rakam candid. plot video, ada wanita yang akan cicirkan purse dengan sengaja di tepi jalan raya, and mereka nak tengok sama ada pengutip purse tu akan pulangkan balik kat wanita tu atau ambil untuk simpanan mereka. maksudnya mencuri la tu. out of 15 people tested, 13 was being honest. Alhamdulillah, masih ramai manusia jujur kat muka bumi ni. :) siapa yang ambil tu, mesti malu gila kan sebab perbuatan mereka dah dirakam. kesimpulannya, tak payah la buat jahat. hehe.

 dewan penuh sampai kat atas lantai depan.

belakang apatah lagi.

kak dila cakap muka penceramah tu macam muka bedot.ahaha.(tiada gambar lagi jelas)

berselawat sesama selepas ceramah.

bookmark rekaan fadhiila.

muka tahan kentut. *bak kata kak dila* :P


habis ceramah tu, saya ikut kak dila balik rumah dia. bilik dia besar sangat. kalau nak compare dengan bilik saya, bagai langit dengan bumi. dah la katil, meja study dan almari kak dila besar, tapi still banyak ruang dalam bilik dia. perabut saya dah la kecil-kecil tapi bilik pun dah sempit sangat dah tu. sangat jeles. huhu.

bersepahnya bilik makcik ni.

bilik saya pun sepah gak.ahaha. :D

banyak kot kami sembang. entah apa entah tajuk perbualan tapi yang saya ingat air mata kak dila meleleh-leleh sebab banyak gelak. ahaha. saya bermalam kat situ, atas sebab memenuhi permintaannya yang asyik nak saya tidur kat situ. baik kan saya? ;)

pagi-pagi lagi kami dah bangun. and bayangkan tak pernah hayat saya makan nasi seawal pukul 6.00 am. kalau sahur tu lain cerita la. selepas makan kami study sesama sampailah maghrib baru pulang ke rumah. tak de lah all the way study tak buat kerja lain dah. tipu lah tu. :P Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah. padahal baru semalam dengar pesanan ketua JAKSI untuk menggunakan khidmat musyrif demi keselamatan. tapi degil jugak, nak jugak balik rumah jalan sorang-sorang. hihi. 

lembu 'devilish-look' milik kak ummi.


p/s: tak sempat lapar kalu duduk kat umah kak dila. pasni nak datang lagi la :D