assalamualaikum.
kepada abah dan umi,
pada hari ini keputusan semakan semula telah keluar. harapan menggunung tinggi agar subjek yang ku sangkut satu-satunya lulus, berkecai setelah kertas semakan semula berada di tangan. sedih dan penat sebab terpaksa mengulang kaji semula pelajaran yang lepas. akan ku pastikan ku buat yang sehabis baik dalam peperiksaan mengulang pada akhir bulan ini. *menyesal la pula berpoya-poya tengok movie sejak 2 minggu lepas* :D
maka berdasarkan keputusan yang ku dapat ini, ku pasrah dan ku redha, jika ku tak dapat pulang beraya di malaysia pada tahun ini. ku akur pada kehendak-Mu ya Allah. ura-ura yang mengatakan kelas semester baru bermula pada 25 september, menyebabkan ku rasa tak berbaloi la pula kalau aku pulang ke malaysia hanya untuk tiga minggu. masa habis untuk packing saja.
idea untuk ponteng kelas lagi seperti yang ku buat pada tahun lepas, tak mungkin akan ku ulangi lagi. pelajaran tiga minggu terpaksa ku ulangi sendiri. aku bodoh jika aku ulangi lagi perbuatan yang sama. tambahan pula, subjek yang bakal dipelajari tahun depan, semuanya subjek baru belaka. tiada gambaran yang terlintas. sekurang-kurangnya subjek tahun ini sama dengan subjek tahun lepas, rasa kesal sebab ponteng itu tak lah terasa sangat.
aku pasrah. aku dengarlah kata abah kali ini. "biarlah raya ku kali ini ditemani oleh kucing ku saja..."
kepada abangku yang berada di yaman,
buat abang. cepatlah pulang ke mesir. saya mahu raya sama-sama dengan abang. tak bermakna rasanya raya tanpa sesiapa di sisi. :(
kepada kak farah dilla,
amboi sombongnya dia lepas dah sampai malaysia. kita suruh mesej nombor malaysia dia, sampai sekarang pun tak mesej lagi. akak online la, banyak cerita kita nak dengar, especially part kampung orang asli tu. hehe. nanti kita bagi list barang kita nak dari malaysia ea. :D
kepada rakan-rakan seperjuangan,
kepada rakan-rakan yang bakal pulang ke malaysia dalam masa terdekat, selamat jalan dan jangan lupa doa perjalanan. insyaALLAH dimudahkan urusan agar tiba di malaysia pada masa yang dijangkakan. buat rakan yang bakal menghadapi peperiksaan mengulang terutama yang bakal bermula pada 12 ogos ini, insyaALLAH dilapangkan dada untuk menjawab soalan dengan lancar dan seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. pesan ku pada rakan-rakan, jangan lah lama sangat ponteng kelas, jangan menyesal di kemudian hari. meh teman saya beraya di sini. :)
sampai di sini saja coretan rasa luahan hatiku. selamat berpuasa dan selamat mengerjakan solat sunat terawih kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. jangan lupa doakan juga untuk peperiksaan saya pada akhir bulan ini. saya mahu naik tahun 3. :)


















