Showing posts with label meow. Show all posts
Showing posts with label meow. Show all posts

Monday, December 20, 2010

B's new home.

26 jejak ditinggalkan
Asal balik dari kuliah je, 
mesti runsing bila bilik bersepah dan berpasir.
Asal pergi lepak kat rumah kawan je, 
mesti risau nak tinggalkan rumah lama-lama.
Asal nak study/tidur je, 
mesti serabut sebab asyik kena kacau.

Ini semua gara-gara melayan kerenah si b yang nakal, kucing yang dah dibela sejak 7 bulan (plus) yang lepas.

Memandangkan sudah penat bertahan selama ni, akhirnya saya mengambil inisiatif untuk membuat rumah b sendiri. Asalnya memang la saya bercadang hanya untuk membeli sangkar berjaring di kedai. Harga yang terlampau mahal menyebabkan saya rasa tak berbaloi, dan lebih baik jika dibuat sendiri.

Kriteria sangkar yang saya perlukan ialah mestilah besar, sehingga boleh memuatkan bekas makanan, tempat tidur dan juga bekas pasir.

Setelah seharian di hujung minggu bertungkus-lumus membuat sangkar (teringat dulu-dulu bila kena tolong ummi buat sangkar arnab), akhirnya saya boleh menghela nafas kelegaan dan berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri.

Memperkenalkan;

Rumah B


winter camni, heater selalu kena conquer dengan b. ;)

Tuesday, August 31, 2010

bibi hilang?

4 jejak ditinggalkan
tak mampu memikirkan tajuk yang lagi baik, ye, memang pasal kehilangan bibi la yang saya ingin ceritakan.

alkisahnya semalam lah berlaku kehilangan. saya mula sedari bibi tiada ketika saya mula untuk memasak juadah berbuka puasa. pada kebiasaannya, bibi akan datang mengacau untuk meminta makanan. tapi saya pelik bibi tak muncul sampailah makanan siap disediakan. seingat saya, sebelum saya solat asar, bibi masih ada mengganggu saya belajar. hal ini merunsingkan saya. saya cari di seluruh tempat, dalam kotak, mana-mana tempat tersorok, dan termasuklah bilik housemates saya yang tertutup rapat memandangkan mereka tiada di rumah. tapi bibi tidak diketemukan. saya bingung.

saya keluar rumah. mencari-cari dalam satu bangunan. tika orang sedang menikmati juadah berbuka, saya sibuk merayau di kawasan rumah saya untuk mencari bibi, tapi pastilah tak jumpa juga. sedih, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. rakan-rakan begitu prihatin memberi kata-kata semangat di ym mahupun di fb. tambahan pula, keesokannya iaitu hari ini, saya ada exam besar yang dah lama saya nantikan. taknak lah kehilangan bibi boleh merosotkan saya ketika exam.

ke mana sahaja saya pergi, saya rasa rindu pada bibi. ke tandas, rindu kerana bibi tak pernah gagal menemani saya ke tandas, kecuali waktu tidurnya. ketika belajar, memandangkan saya terpandang kesan gigitan bibi yang berlubang pada nota saya. tika terpandangkan soft toys saya, kerana itulah juga mainan bibi untuk dia melepaskan geram. apatah lagi pada makanan, litter box, dan cage dia. memang bertambah rindu lah saya padanya. air mata tak dapat dibendung. sayangnya saya pada bibi seolah-olah bibi tu adik saya, anak saya, memandangkan saya sendiri memang tak mempunyai adik. sepanjang malam saya bersedih. walaupun saya tahu ada perang besar yang perlu ditempuhi pada esok hari.

pada pagi ini, tika saya sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan, saya terdengar bunyi kucing mengiau yang datang dari arah yang sangat dekat. saya tersangatlah cuak kerana saya merasakan saya terdengar dari dalam rumah saya. mana saya tak cuak, punca kehilangan bibi tak diketahui dengan tepat. memang lah saya suspek dia keluar melalui tingkap dapur yang terbuka, tapi pernah ada kes lama, di mana kucing saya memang hilang dalam rumah, dalam tandas yang terkurung, tanpa ada mana-mana lubang yang boleh ditembus! serius, tak tipu. sebab tu lah kehilangan bibi kali ini saya percaya kalau dia memang hilang tiba-tiba dalam rumah, walaupun saya tahu sekarang bulan ramadan, syaitan semua diikat. tapi puteri bunian kena ikat tak? heh. :D

memandangkan saya tinggal seorang, memang bertambah kecut perut lah saya. pagi-pagi hari lebih kurang pukul 8, dah cerah, saya bermula dengan memasang lampu bilik. saya ke ruang tamu, memasang lampu di situ. dan seterusnya di sinki depan tandas, lampu dipasang. sampai di pintu dapur, saya tolak kuat-kuat, dan lari ke depan. saya tungu kalau-kalau bibi muncul dari situ. saya lega sebab tiada. tapi saya lagi masih mencari. dan akhirnya saya membuka tingkap di ruang tamu, sejajar dengan tingkap bilik saya, saya ternampak satu makhluk berwarna putih yang dah tak berapa nak putih. saya jerit, "B!!" bibi pandang dan mengiau. memanglah saya boleh terdengar suaranya dengan kuat, memandangkan dia berada di sebelah bilik saya, tapi di tingkat bawah la, kat atas tembok.

saya terus berlari turun mendapatkan bibi. bibi mengiau-ngiau keriangan, saya rasa. hehe. setibanya di rumah, bibi terus buang air dan segala-mala, dan terus minta makanan, nampak sangat kebuluran. jadi kesimpulan yang saya boleh buat, memang bibi ada dalam bangunan sepanjang malam, tapi kat bahagian luar la, kan normally memang people boleh step pun pada bangunan dari luar. faham tak macam mana? ke keling ayat saya? hehe.

saya terpaksa meninggalkan bibi sejurus selepas itu memandangkan saya perlu pergi ke  universiti, ada peperiksaan yang perlu diambil. waktu peperiksaan selama 3 jam, tambah pula saya keluar rumah awal, dan balik lambat, memang lama lah saya tinggalkan bibi. sampai-sampai saja saya di rumah, belum buka pintu bilik lagi, saya dapat dengar suara bibi mengiau dari luar bilik. saya masuk, bibi terus menerpa. saya duduk atas katil, bibi datang dekat, saya gosok-gosok dia sampai dia tertidur. bibi dah jadi sangat manja! beberapa kali dia macam tu, nak manja-manja dengan saya. saya harap dia serik, dah tak tinggalkan saya lagi. dia lah racun, dia lah penawar. :)

p/s: maaf karangan agak skema. haha.

Tuesday, June 22, 2010

gemuk kusayang

10 jejak ditinggalkan
hi readers.
dah lama sabby tak upload gambar terbaru beloved b.
nah ambil tengok cuci mata.
fyi, b dah jadi tersangatlah gemuk.
tengoklah aksi si gemuk saya ni.
big grin

si gemuk ketika tidur..


si gemuk ketika kemalasan..


si gemuk ketika main.. (sempat pose)



haa.. yang ni pelik. 
gemuk-gemuk pun masih larat nak panjat tinggi-tinggi.
hihi~~

selingan kejap.
bubu ada teman baru.
saya belikannya bobo sebab kesian tengok dia murung je seekor-seekor.
big grin


p/s: selamat study anatomy.
p/s/s: congrats to manchester students who have passed their exams.
:)

Friday, June 18, 2010

teman hidup

7 jejak ditinggalkan
semalam bawa b pergi jumpa vet. hari tu punya infection kat upper respiratory tract b tak heal lagi. vet suruh tukar antibiotic baru which is lagi powerful and surely lagi mahal. demi b, disanggupkan jua. harap b sihat sepenuhnya lah lepas ni. ingat tak dulu b pernah kena inject vaccine? kan kebiasaannya vaccine kena inject 2 kali, nak boost effect yang kali pertama. maka sebab itulah b kena inject lagi semalam.


dan semalam juga saya belikan b rakan. bukan sama spesies b la yang pasti. tak larat la. yang satu ni pun tak terkejar. saya belikan b kura-kura yang dinamakan bubu! ilham dapat nama sebab nak kasi senang panggil, bibi dan bubu. :) kenapa kura-kura? sebab saya pernah pergi rumah k. wana, dan beliau membela kura-kura. waktu tu b ada bersama. b seronok mengejar kura-kura yang dinamakan kuma itu. maka tercetuslah idea untuk memberikan b teman. tambahan pula, kura-kura ni senang jaga. setakat tukar air once in a while dan juga bagi makan yang dia pun tak seberapa nak makan, saya rasa tiada masalah lah. :D


teman hidup saya,
bibi dan bubu.
love struck

Wednesday, June 2, 2010

pabila baby mama semakin membesar

4 jejak ditinggalkan
ulfah pernah cakap, "nanti b dah besar sikit, mesti boleh panjat almari kayu ko ni."

tak payah tunggu b besar, fah, dia dah boleh panjat pun. ngee~

look how ignorant she was.

then snappy tom came.

and she responded pretty well.
batting eyelashes


sebenarnya b panjat almari tu sebab nak ambil tuna yang saya letak kat situ. since dia dah reti panjat almari tu, saya dah tak tau dah nak simpan kat mana makanan kalau tak nak b ambil. haih~~

p/s: snappy tom ni setanding dengan topcat.
boleh didapati di metro.
happy

Sunday, May 23, 2010

new b

12 jejak ditinggalkan
b dah sihat.
alhamdulillah.
tapi b jadi makin nakal.
makin ganas.
b suka hentam laptop saya,
suka terkam muka saya,
tarik rambut,
gigit-gigit kaki,
lompat-lompat atas nota saya,
lari dan lompat sana sini langsung tak keruan,
memang tak duduk diam.
tapi apa yang paling pasti,
b makin manja dengan saya.
love struck

sekarang dah sangat susah nak ambil gambar b.
b tak bagi kerjasama.
susah sangat nak duduk diam.
hanya tiga pandangan ni je yang dapat;

pandangan tak puas hati

pandangan innocence

pandangan ke masa depan

Friday, May 21, 2010

rindu b

12 jejak ditinggalkan
saya rindu.

tika b kacau saya study...

tika b kekenyangan...

tika b tidur dengan nyenyak...

tika b bermain keriangan...
   
sekarang b kurang sihat.
segala perlakuan dia dah terbatas.
b makin tak larat since kene inject vaccine hari tu.
selera pun dah mati.
badan dah kurus.
telinga, hidung dan paw dia pun dah tak merah.
kesian b.

semalam bawa b pergi jumpa vet lagi.
vet cakap b gastritis.
tapi saya tak percaya sebab mana ada saya ubah diet b.
vet bagi anti-diarrhea, anti-vomit, 
dengan ringer's solution + glucose (fluid).
anti-diarrhea je bagi orally.
yang lain tu kena inject.
kalau anti-vomit inject intramuscular,
yang fluid tu subcutaneously.
b nangis-nangis kena inject.

b tak larat lepas jumpa vet.

lepas ni semua ubat yang vet prescribe tu,
saya kena bagi b sendiri.
tak sampai hati nya nak inject b.
dah la jarum besar dan dose dia banyak.
straight face
jap.
pernah terpikir tak macam mana jadi kalau kucing kacuk dengan zirafah?
tengok ea.


 +
=
tadaaaaaaaaa!!
rolling on the floor

p/s: officially panggil b je.
or bibi.
batting eyelashes

Monday, May 17, 2010

tak payah tajuk :P

20 jejak ditinggalkan
baru lepas jumpa baba (panggilan untuk tuan rumah di egypt). setelah 4 hari ketiadaan internet, akhirnya saya boleh meng'update' blog saya ni. ngeee~ lama gila kott duduk kat rumah dia tu. susah betul nak dapat line internet. dah la dia asyik cakap ada problem pada laptop saya. sesuka hati dia je nak blame laptop orang. dekat dua jam saya dan ulfah di situ. finally dapat juga access internet setelah dia anginkan router di hadapan kipas. nah, amek!! salah laptop kitorang la sangat kan. padahal router tu sendiri yang tak betul phbbbbt

tujuan asal baba panggil kami sebab dia nak pastikan betul-betul sama ada kami bakal pindah atau nak stay kat rumah dia. kalau dah harga sewa dia naikkan dari le 300 jadi le 500 seorang, jangan harap la kami nak stay. gila banyak la naik. le 200 tu macam- macam boleh dibuat. beli kucing tiap-tiap bulan pun boleh tau. dan kami sendiri pun baru saja lepas buat akad kat rumah lain, insyaALLAH by akhir bulan ni, berpindah-randah la kami. dah la dah nak exam. worried

petang semalam bawa anak pergi jumpa vet. terbongkar sudah jantinanya. dia betina rupanya. patut la selama ni dia lagi manja dengan rakan-rakan lelaki saya. ish.. tak patut betul. jeles mama dia ni haa. tongue so lepas ni kena tukar nama la. tak boleh la nak panggil bobby dah. tapi dah terbiasa. huuu~ papehal pun kena bagi nama yang bunyi belakang dia 'by' juga. any suggestion? happy

lemah selepas disuntik


Sunday, May 9, 2010

aku cinta

9 jejak ditinggalkan
kepada pencinta kucing, sila lah tengok video-video ni.
sangat lah geram.
at wits' end












comel kan?
smug