Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

where are you, friends?

5 jejak ditinggalkan
hmm.. dah lama saya tinggalkan dunia blogging. entah ke mana pergi idea, terbang melayang. ceh, padahal sebab facebook punya pasal. tetiba rasa memang tak boleh nak bahagikan masa kalau nak uruskan tiga benda dalam satu masa; blogging, facebook and ofkos study biochemistry. selama ni memang terbiasa blogging sambil belajar je. dua dah, tak lebih. sekali ada facebook, tak kan nak layan tiga-tiga sekaligus. mahu tak naik tahun saya. so better focus pada mana yang lebih prioriti je dulu. 

facebook tu lebih prioriti ke? ala.. boleh la hilangkan tense setelah menelaah biochemistry yang saya harapkan akan ada chemistry lah dengan saya nanti. lagipun, boleh menjejak rakan-rakan lama, tak kira kawan sekolah rendah, menengah, and even rakan plkn dahulu. memang kawan-kawan je ea.. saya tak approve kenalan baru. payah berkawan dengan orang yang mula kenal melalui alam maya ni. entah macam-macam kerenah. saya dah serik.

kalau ikut perkiraan tarikh, sudah 2 minggu saya belajar biochemistry dengan tekun, sejak keluar result semakan semula hari itu. alhamdulillah boleh kata dah habis cover semua. tapi yakinkah saya bahawa saya dapat ingat semua? tidak sama sekali! masa tinggal seminggu je lagi sebelum hari peperiksaan, perasaan mula gundah gulana. takut, dan pastinya gelisah, semua ada. ujian kali ini adalah penentu sama ada saya akan naik tahun 3 atau tak. tetiba rasa sangat jeles dengan rakan-rakan yang dah lepas yang confirm naik tahun. kak dilla, nak kacau akak dalam dewan kuliah lagi!! harap sangat dapat lepas exam kali ni.

kepala otak dah semakin berat. tak tahu nak revise apa lagi. saya perlukan rakan untuk main soal-soal dengan saya rasanya. selalunya macam tu lah, bila dah dekat exam, saya tak boleh belajar sendiri dah. asyik nak stress je tak tentu pasal. cuak je lebih. oh ALLAH, please guide me..~

Friday, July 9, 2010

nearly ends

1 jejak ditinggalkan
jom kita hitung hari sama-sama. oral physiology dan histology dah lepas. tinggal oral anatomy dan biochemistry saja. wah, tak sabarnya. lepas ni saya pula merdeka. wuuu, bahagia~~

nak dengar cerita pasal oral exam saya yang dah lepas tu tak? maaflah tiada cerita untuk written exam. kesibukan melampau tersangat. erkk, atau sebenarnya masalah dengan internet? hmm.. tak kisahlah mana-mana. lagipun written exam semua orang dapat soalan sama je. pengalaman berbeza pada oral exam.

haritu exam physio bukan main takut lagi. mana taknya, tiada gap langsung antara oral exam tu dengan written psychology. betul-betul sehari selepas written exam tu, mana sempat nak revise kan. mula tahun ni, universiti dah tukar sistem exam. sepatutnya oral exam subjek tertentu betul-betul selepas witten exam subjek tu. tapi sistem sekarang, diaorang habiskan semua written dulu, then baru oral. jadi kena buku balik lah apa yang dah baca dulu kan.

oh, cerita oral physio tak habis. saya dapat 6 soalan, 3 soalan dari seorang doctor, which means saya dapat satu soalan dari setiap subtopic physio. ada orang dapat 4 soalan je, tak aci. huhu~ tapi tak kisahlah, janji dah selamat jawab. alhamdulillah ok la. :) :) :) tiga smiles lagi saya bagi. heee~

tapi tadi oral histo tidak meyakinkan sangat. tibanya saya dekat meja doktor, saya nampak kertas soalan bersepah atas meja. ingatkan dapat peluang pilih soalan macam doktor kat meja sebelah. tapi tak pun. doktor pilih kertas soalan atas sekali dan soalan tu berkaitan dengan pituitary gland. doktor suruh describe. baru sikit cerita, doktor melencong tanya pasal suprarenal gland. dah la waktu tengah exam tu, ada 2 makhluk kacau-kacau saya dari bangunan sebelah. distract attention orang je. marah betul saya. :P

sebenarnya kan nak kata exam tadi saya tak boleh jawab, takde lah pulak. tapi respond doc tu tak best. dah la muka serius je. macam jawapan saya semua salah, tapi tak pula beliau kata salah. tapi memang ada satu soalan beliau saya tak boleh jawab. beliau tanya jenis sel kat zona fasciculata (suprarenal cortex). penat recall, sekali jawapan dia spongiocytes sebab dia ada cholestrol semua-semua tu. aduhh, tak perasan pun benda tu waktu revise. orang lain semua pun dapat soalan macam susah. doctor suruh describe LM dan EM lagi. kesimpulannya histo this year sangat tough bagi saya, tak kira written mahupun oral. huuu~

ok lepas ni anatomy pula. budak first year exam haritu cakap ada doktor dari msia. sorang je, tapi beliau akan berpindah-randah masuk bilik memana nak soal students. haih, cuak pula. tak nak lah dapat doktor tu, kalau tak dapat jawab tak ke segan? grrr~ pape lah. yang penting sekarang revise je dulu mana yang mampu. sikit je lagi, pasni dapat la hela nafas panjang. :D


Wednesday, June 16, 2010

exams dah start. yeay!

6 jejak ditinggalkan
written exams for finals has begun.
dimulakan dengan physiology pada 12 jun hari tu.
erkk, sorry for the outdated post.
internet sangat nazak, kalah ketika berada di rumah lama.
hmm.. kenapa lah bahasa sangat rojak ni?
thought formulation tidak dapat membantu untuk menyampaikan dengan baik.
sehinggakan apa saja yang terlintas, terus ditaip saja.
dah lama sangat ke tak blogging ni.
sampai nak bercerita pun tak reti dah.
straight face

esok ada paper lagi.
'favourite' subject lagi, histology.
*perkataan di apostrophe kan, faham-faham je lah*
huuu~
wish me luck, people.
saya nak balik malaysia cepat-cepat ni.
day dreaming

tiada apa sangat nak cakap.
hanya nak ucap selamat menjawab kepada semua pelajar universiti mansoura
yang sedang menduduki peperiksaan sekarang
terutama kepada pelajar tahun dua konvensional.
kepada pelajar yang dah tamat peperiksaannya tu,
selamat bergembira dan enjoy lah ye.
ALL THE BEST, people!!

pose maut b ketika pagi exam physiology
batting eyelashes

Thursday, May 13, 2010

thalamic nuclei

0 jejak ditinggalkan

Bondok's Classification of the Thalamic Nuclei

Anatomists usually classify the thalamic nuclei according to their relation to the internal medullary lamina into 5 groups: anterior, medial (centromedian), lateral, intralaminar and reticular nuclei. The lateral nucleus is further divided into ventral and dorsal groups. The dorsal tier nuclei include the lateral dorsal, lateral posterior and pulvinar. The ventral tier nuclei include the ventral anterior, ventral lateral, ventral posterior and the metathalamus (medial and lateral geniculate bodies). On the other hand, physiologists divide the thalamic nuclei according to their connections (input and output) into specific and nonspecific nuclei. The medical students are usually puzzled between the 2 classifications.
To make it understandable and simple, I adopted a new classification based on their main function and connections so that medical students can easily recognize them and remember their function. I called this classification "Bondok's Classification of the Thalamic Nuclei". I divided the thalamic nuclei into 5 groups:
  1. 2 Specific Motor Nuclei: ventral anterior nucleus and ventral lateral nucleus.
  2. 2 Specific Sensory Nuclei: ventral posterior nucleus and metathalamus (medial and lateral geniculate bodies).
  3. 2 Limbic System Nuclei: anterior nucleus and medial nucleus.
  4. 2 Reticular Activating System Nuclei: reticular nucleus and intralaminar nucleus.
  5. 3 Association Nuclei: the 3 dorsal nuclei (lateral dorsal, lateral posterior and pulvinar).

Prof Adel Bondok
Professor of Anatomy and Neuroscience, 
Faculty of Medicine, Mansoura University, Egypt
tier= row

tapi kan, kalau confuse specific dengan non-specific nuclei, ingat macam ni je. nuclei yang macam tak specific pada thalamus macam kat tengah tu, yang kat internal medullary lamina tu (intralaminar n.), dan kat luar dia (reticular n.; tiada dalam gambar) yang tu je non-specific.  kiranya yang lain, tak kira la dia specific association nuclei ke.. specific relay nuclei ke.. dah nama specific, tak kan la boleh jadi non-specific lak kan. hee hee

p/s: based on past year Qs;
metathalamus (lateral and medial geniculate bodies)- 5/07
connection of specific thalamic nuclei- 6/08

Friday, April 23, 2010

sheet biochemistry

4 jejak ditinggalkan
attention!
sheet biochemistry 2nd year for tomorrow's exam is as follow:

Thursday, April 22, 2010

partial blindness

12 jejak ditinggalkan
pelik sangat ke kalau saya tak post apa-apa dalam masa sehari sampai ada orang bertanyakan "sabby, mana post?"  bukan seorang je yang tanya masalahnya. takpe, tu tandanya orang tu pelawat setia blog saya. ada orang jeles tau sebab dia tiada pelawat tetap macam saya. *orang tersebut mesti tengah ketap bibir ni* :P

sangat suka dan seronok sebab dapat sokongan moral camtu. buat saya semangat nak post. sebenarnya hari ni tiada idea nak post apa-apa. ingatkan tak nak buka laptop dah lepas dah offline petang tadi. sebabnya saya perlu study untuk sheet physio dan biochem hari sabtu ni. tapi masalahnya sangat tiada mood untuk belek-belek notes yang ada. maka saya bercadang untuk study melalui wikipedia saja. *bajet aku budak manchester la* :D

tengah usha-usha topic itu topic ini, saya terasa nak post pasal visual field. tambahan pula ada rakan saya sorang tu confuse dengan hemianopia. dia terasa dia ada penyakit sedemikian memandangkan dia tak boleh melihat dengan normal. katanya, dia perlu melihat secara senget sikit untuk melihat dengan lebih jelas.
tapi yang sebenarnya, untuk kes dia, dia hanyalah rabun. hemianopia ini sendiri bermaksud loss of half of a field of vision.

 visual pathway.

1. Paris as seen with full visual fields (normal)

namun, jika ada kecacatan (lesion) pada mana-mana bahagian pathway tersebut, maka akan menyebabkan kecacatan yang dipanggil sebagai separa buta.

2. Paris as seen with bitemporal hemianopia
*lesion in optic chiasma*
3. Paris as seen with binasal hemianopia
*lesion in optic chiasma*
4. Paris as seen with left homonymous hemianopia
*lesion in optic tract*

5. Paris as seen with right homonymous hemianopia
*lesion in optic tract*

p/s: nak tau lebih, visit laman ni.
p/s: to people who don't study medic, i apologize for not explaining in standard language.
:D

Sunday, April 18, 2010

physiology practical exam was...

10 jejak ditinggalkan
alhamdulillah.. dah selamat jawab physiology practical tadi. itu baru permulaan, ada banyak lagi yang menanti. practical tadi, saya dapat tajuk basal metabolic rate. mudah kan? saya bersyukur sangat tak dapat tajuk kidney yang digeruni, tajuk cns yang kompleks, atau tajuk special sense yang punyalah banyak reflex + test. namun, walaupun nampak mudah, tapi tidaklah senang.

tadi kami bermula lebih kurang pukul 9 am. ahli kumpulan kami bermula dengan no. giliran 3638 hingga 3849. nampak banyak, tapi hakikatnya sekejap je habis. sedangkan kami budak malaysia yang agak ramai pun, semua masuk sekali gus. nak katalah yang ada banyak soalan, bukannya soalan yang saya post dalam older post je yang naik. ada yang berulang tapi ada banyak juga yang kita tak pernah tengok pun.

saya dapat soalan no. 9. first impression, ok. tambah pula bukannya macam last year. kalau last year akan disediakan 2 kertas soalan yang berbeza topik. kali ni satu je. saya jawab berdasarkan soalan bermula dengan definition, normal value, enumerate basal condition. semua ini ditulis secara tulisan kasar je. then i proceed, and i got stuck when the next question asked for equation of BMR. sumpah lupa gila. nervous sangat. tambah plak, sebelum exam tadi tak belek langsung pasal BMR, padahal dah pernah revise bukan main mantap lagi sebelum ni. bukan tu saja, kertas sebelah tu ada soalan untuk kira BMR pesakit. if you don't remember the equation, how can you expect to calculate the BMR of the given patient?

masa tengah kalut ni lah doktor datang sebelah, nak soal. tapi nasib baiklah saya dapat minta masa lebih dengan menggunakan alasan saya baru masuk. ada kes rakan saya, dia tak dapat minta masa lebih padahal dia baru je masuk. kata doktor tu, "this is a practical exam, not written." uish, nasiblah. masa yang saya ada kononnya nak guna lah untuk cari jawapan sampai dapat. tapi saya memang tak dapat recall equation tu. dan doktor dah datang lagi sekali untuk soal. kali ni memang pasrah habislah. seorang datang dari kanan untuk menyoal, dan seorang datang dari kiri saya untuk menarik buku praktikal saya ke tepi. dan dekat meja tepi, ada 2-3 orang doktor memerhatikan saya. kedudukan saya di meja tengah, tapi di tepi sekali.

saya pun dengan gementarnya ingin menjelaskan equation yang saya buat tu. boleh perasan sangat-sangat yang saya tengah nervous. suara saya shaking kottt. tengah saya cakap tu, doktor interrupt dan pegang lengan saya dengan lembut (doktor perempuan ok), dan berkata, "define BMR.". saya pun definasikanlah dan juga menyebut segala-mala basal condition tu. waktu tu suara saya memang sangatlah bergetar. doktor tersebut berkata sesuatu pada doktor yang ada kat meja tepi tu, in arabic la, dan mereka semua gelak!! mesti mereka gelakkan saya yang tengah nervous tu. :(( sebelum doktor tu beredar, saya sempat terlihat beliau menulis angka 15 dan dibulatkan. alhamdulillah, itu je kalimah yang terbit waktu itu.


dalam kes saya, saya sangatlah bernasib baik sebab dapat doktor yang baik, dan tanya soalan yang saya consider sangat senang. beliau suruh define je wehhh! tapi kes kawan-kawan saya sangat kesian. ada yang dapat gambar pathway corneal reflex, tapi gambar tu bukan gambar biasa yang ada dalam buku. ada yang kat kertas tanya pasal crude touch, tapi doktor tanya apa effect hemisection of spinal cord pada crude touch. ada yang dapat intestinal motility, tapi doktor tanya apa reflex yang terjadi bila makanan masuk dalam mulut dan jawapannya lebih kurang gastrointestinal camtu.  ada yang kat kertas tanya pasal hyperthermia dan fever, tapi doktor tanya pasal hypothermia, dan ditanya kenapa tak boleh boil thermometer. haaa..jawab lah korang.



kesimpulannya, belajar la physiology as a whole. jangan ikut je apa contoh soalan tu. just expect the worst. sebab doktor memang tak semestinya tanya soalan berdasarkan kertas soalan semata. yelah...ni practical, bukannya written. hafal segala-mala equation tu, ingat pathway satu-satu. relay ke apa. ingat penyakit, lesion. kepada rakan-rakan group 5, all the best ye esok. masa yang ada ni baca banyak-banyak. dan jangan nervous sangat, nanti jadi macam saya. :( insyaALLAH berkat usaha korang, korang boleh jawab nanti. :)


ulfah last person. ambil berkat daripada sume orang ea, fah? :P

p/s: sejak akhir-akhir ni, sering taip perkataan yang berlainan dengan fikiran? lesion apa ek? :D

physiology sayang.. oh practical!

0 jejak ditinggalkan
our war is continued.
second round..
ting..ting..ting..
banyaknya lagi tak baca. :((
dah la ngantok ni.
syuh..syuh..~

saya perlu sambung dating dengan physiology.
it's already 2 am tapi saya tak buka lagi cns!!
help is needed~
:-S


p/s: moh kita doa saya tak dapat any question berkaitan dengan kidney. :D
p/s: all the best to all group 4 people! 

Tuesday, April 13, 2010

jadual final exam has been finalised

2 jejak ditinggalkan
jadual baru?
nah, it's proven!

practical 2nd year

written 2nd year

oral 2nd year

practical 1st year

written 1st year

oral 1st year

ok,secara rasminya, memang jadual berubah.
exam dilambatkan tapi tiada masa untuk berfoya-foya ok?!~

p/s: 3rd year nye jadual, tengok sendiri kat blog pcm :D

perubahan jadual. again?!~

0 jejak ditinggalkan
entah kali yang ke berapa, hari ni jadual final exam kami berubah lagi. dah la start makin lambat, pastu gap between papers sangat lah kejap. :((

any forwarded message yang rakan-rakan dapat daripada sabby, itu bukan originally dari sabby. saya pun distribute je.

papehal kita nantikan kata putus daripada dr. nesreen esok.

salam imtihan~

Friday, April 9, 2010

doa menghadapi peperiksaan

2 jejak ditinggalkan
rakan-rakan, esok dah mula exam ye. adey, cuak! :-S

ok relax. tarik nafas panjang-panjang. jom baca doa. :)


Doa-doa Menghadapi Peperiksaan


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

all the best ye semua~

Tuesday, April 6, 2010

tips study last minute

0 jejak ditinggalkan
Ada yang bertanya saya. 'Macamana nak study last minit ha? Cuba bagi tips sket'. Saya terdiam. Berfikir jawapan yang sepatutnya dijawab. 'Senang je kalo ko nak study last minute. Macam ni. Ko tak payah study awal-awal. So, secara autamatik ko perlu study last minute. Setuju?'.

Moral.
Study awal. Setiap kali lepas kuliah, balik umah terus baca apa yang dipelajari. Kalau tak baca, percentage untuk lupa adalah agak tinggi kecuali kamu memang dilahirkan genius. Study last minute adalah tidak digalakkan sama sekali. Kamu pelajar medik. Bukan pelajar sains komputer. Tak perlu nak mengadap laptop 24 hours.
Sekian terima kasih.
Selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya.

     - copy and paste dari blog orang lain.


hanyalah sebagai peringatan untuk diri sendiri :D



Sunday, April 4, 2010

soalan bocor~

15 jejak ditinggalkan
if ada orang cakap, "sabby saje je post soalan exam, nak orang baca blog dia". biarlah. kenapa saya perlu kisah dengan mulut orang yang berkata? kalau orang tu tak suka, tak payah la buka blog saya. saya post ni especially untuk orang-orang tersayang je, yang betul-betul perlukan pertolongan saya. sebab memang tak semua orang pun ambil gambar soalan kat department tadi. post ni juga specially untuk kak dila, sebab beliau yang minta saya post tadi. (akak ada suruh kan?) :D

rakan-rakan, ni lah soalan yang bakal keluar masa physiology practical exam nanti. :)



Thursday, March 25, 2010

exam oh exam..latest~ (jadual)

4 jejak ditinggalkan
bak kata esteqama,
ni dah masuk kali ketiga jadual exam berubah.
makin seksa kot.
dah la start makin awal
habis pula makin lambat.
setuju dengan azyyati.
bila boleh balik msia ni?
:(

takpelah, itu lain kira.
jom tengok apa yang berlaku bila exam week dah start.

post-midterm (masih sama)
practical exam
written exam

kita second year kan.
haa..kat atas tu semua untuk second year.
kepada sesiapa yang ada carry paper first year,
exercise jari telunjuk anda lagi.
scroll ke bawah pula.
:D

practical exam
written exam

yang untuk carry ni,
any inquiries jangan tanya saya sebab saya tak tau.
saya ambil gambar je.
:)

lately, post semua pasal exam.
exam fever punya pasal,
nantilah cari one sweet time buat coretan peribadi pula.
rindu nak mencoret-coret.
:) :D :P

eh,kejap!
teringat pesanan jihad kat kelas tadi.
insyaAllah next week last lectures kita.
silalah semua pelajar hadirkan diri.
dan mungkin doktor nak bagitau apa yang penting yang masuk exam.
datang jangan tak datang.
renung-renungkan...~

Wednesday, March 24, 2010

siapa cepat dia dapat

0 jejak ditinggalkan
entry je nak gempak.
tapi benda saya nak bagi ni unlimited.
so don't worry dan tak payah nak rushing.
tapi still kena juga la, sebab exam dah dekat kan.

bukan nak bagi chocolate ke apa pun,
(siapa yang masih berhutang coklat,sila terasa :P)
cuma nak bagi gambar jar kat muzium anatomy tu.
walaupun tak semua gambar nampak jelas seperfectnya,
at least dapat lah tolong korang-korang rakan medic ku,
untuk revise balik.
sure korang malas dah kan nak tengok lagi,
kalau dah habis tengok.
sesiapa yang tak pernah pergi muzium tu,
jangan harap la nak depend kat gambar ciplak ni semata.
pergi tengok kat muzium tu dulu.

untuk korang jamu mata sikit;





saya dah letak every section satu gambar.
tapi!!
(haa..ada tapinya)
tak semua gambar saya ada.
yang saya dah tengok je lah yang dah ada.
tak larat dah nak tawaf muzium tu cari jar,
macam cari harta karun pula.
insyaAllah kalau saya rajin lagi,
saya cukupkan.

kalau berminat,
bolehlah bagi pendrive ye.
kalau nak suruh saya upload kat mana-mana,
saya tak reti dan malas nak buat sebab ambil masa.
dan saya juga tak mahu nak attach files kat emel dah,
sebab dah buat dah sebelum ni,
dan tak mau buang masa lagi.
so,kerja mudah untuk mana-pihak,
bagi je pendrive tu dan nanti saya masukkan,ok.

tapi!!
(tapi lagi)
bila dah dapat gambar tu,
tolonglah jangan complain kalau;
# gambar tak cukup (dah cakap tadi)
# gambar tak jelas
# tak nampak semua nombor.
kalau nak complain juga,
sila buat sendiri.

juga ada koleksi gambar slide histo,
kalau ada sesiapa yang tak perasan kewujudan link download kat blog medicalclick tu.


ni apa? organ of corti... :)


Monday, March 22, 2010

sekadar peringatan

0 jejak ditinggalkan
kepada sesiapa yang masih terpinga-pinga tak tau post-midterm physio masuk apa,
silalah tengok gambar di bawah ni.
at least jeling sikit pun jadi la.
sikit je..tak ambil masa lama pun.
sorilah sarah, memang kau kena buka blog aku sebab aku malas nak send kat kau.
:P


saya pelik lah dengan satu perkara.
tetiba je housemate kesayangan saya rajin nak lukis histo.
sebelum ni asyik complain tangan dia akan basah kalau tumpu nak melukis.
penyakit hyperhidrosisnya punya pasal.
wanigurl pun asyik kata nak crampkan tangan nak lukis.
dan encik SU kita pun runsing histo tak siap sampai post kat status yahoo.
then suddenly dapat ilham dan teringat,
doktor nak kutip buku histo minggu depan.
haaa...baru nak kalut lukis ea korang semua.
hak3.
again.
kepada sesiapa yang masih terpinga-pinga,
kalau ada missed practical and tak tau pasal ni,
tolong la cepat-cepat siapkan.
saya sekadar nak mengingatkan.
tak bermaksud nak perli sesiapa.

jom tengok cantik tak saya lukis.
:D



latest: open medulla

insyaAllah dan alhamdulillah saya dah habis lukis.
ok fine.
yang latest tu saya tak habis label lagi.
takpe, kejap je.
rakan-rakan yang tak siap lagi tu sila jeles dengan saya ye.
:)

Thursday, March 18, 2010

jadual final exam

2 jejak ditinggalkan
yeay,dah dapat kerneh!
kad pelajar la lebih kurang.
:)


hmm..atas permintaan umi nazirah dan juga farhana a.k.a yuyu,
saya upload lah gambar jadual final exam kami.
biarpun kat blog medicalclick dah ada dorang letak jadual.
haa..korang usha la betul-betul.
kat sini takde ralat (kesilapan) ketika salin ye.
sebab dah memang gambar sebijik saya capture.
:D

post-midterm

practical exam

written exam + oral