Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul :)


baru je sampai rumah. semalam saya pergi ceramah kat universiti, sempena maulidur rasul. sungguh tak sangka, sangat ramai yang hadir semalam. wah, kagum kejap! :) penceramah tu didatangkan khas dari universiti cairo. muda lagi, baru 26 tahun. kihkih. tajuk ceramah tu, 'Mata Rantai Perjuangan Rasulullah: peranan mahasiswa kini'. agak best la. ada video dan slide digunakan. saya paling tersentuh dengan video 'kalau Rasulullah bersama kita' tu. tambah lagi ada part wanita nangis, bila dia cakap kalau baginda ada bersama, mesti tidak ada kemiskinan di situ. video tu dirakam di kalangan orang Arab Mesir. masing-masing yang memberi pendapat, semua nak baginda bersama kita. ye lah, siapa yang tak nak kan. semua nak. lagi satu ada video pasal kejujuran. video tu mereka rakam candid. plot video, ada wanita yang akan cicirkan purse dengan sengaja di tepi jalan raya, and mereka nak tengok sama ada pengutip purse tu akan pulangkan balik kat wanita tu atau ambil untuk simpanan mereka. maksudnya mencuri la tu. out of 15 people tested, 13 was being honest. Alhamdulillah, masih ramai manusia jujur kat muka bumi ni. :) siapa yang ambil tu, mesti malu gila kan sebab perbuatan mereka dah dirakam. kesimpulannya, tak payah la buat jahat. hehe.

 dewan penuh sampai kat atas lantai depan.

belakang apatah lagi.

kak dila cakap muka penceramah tu macam muka bedot.ahaha.(tiada gambar lagi jelas)

berselawat sesama selepas ceramah.

bookmark rekaan fadhiila.

muka tahan kentut. *bak kata kak dila* :P


habis ceramah tu, saya ikut kak dila balik rumah dia. bilik dia besar sangat. kalau nak compare dengan bilik saya, bagai langit dengan bumi. dah la katil, meja study dan almari kak dila besar, tapi still banyak ruang dalam bilik dia. perabut saya dah la kecil-kecil tapi bilik pun dah sempit sangat dah tu. sangat jeles. huhu.

bersepahnya bilik makcik ni.

bilik saya pun sepah gak.ahaha. :D

banyak kot kami sembang. entah apa entah tajuk perbualan tapi yang saya ingat air mata kak dila meleleh-leleh sebab banyak gelak. ahaha. saya bermalam kat situ, atas sebab memenuhi permintaannya yang asyik nak saya tidur kat situ. baik kan saya? ;)

pagi-pagi lagi kami dah bangun. and bayangkan tak pernah hayat saya makan nasi seawal pukul 6.00 am. kalau sahur tu lain cerita la. selepas makan kami study sesama sampailah maghrib baru pulang ke rumah. tak de lah all the way study tak buat kerja lain dah. tipu lah tu. :P Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah. padahal baru semalam dengar pesanan ketua JAKSI untuk menggunakan khidmat musyrif demi keselamatan. tapi degil jugak, nak jugak balik rumah jalan sorang-sorang. hihi. 

lembu 'devilish-look' milik kak ummi.


p/s: tak sempat lapar kalu duduk kat umah kak dila. pasni nak datang lagi la :D

2 jejak ditinggalkan:

farah dilla muhammad said...

lalalalala...mmg xkan ade orng bagi comment kat cni..sbb kamu cite pasal kite je...terPAKSA la kte yg bagi comment...hahaha...

sabby sabrina said...

ade plak.mne tau,kot2 ade org bkenan kt akak,comment kt cni sbb nk bkenalan. ;)

cepat! sape nk kak dila??ahaha~

Post a Comment