hari ni malas lah nak formal-formal. asyik cakap guna saya je.
hari ni nak guna aku pulak. sebab aku nak cakap pasal orang-orang yang rapat dengan aku. kata orang bila kita cakap guna aku,
maknanya kita rapat kan. ;-)
hmm..hari tu
birthday aku, 8 mac. sebenarnya macam-macam aku rasa.
gembira sebab both parents aku hantar message birthday sebab last year dorang lupa, tapi
sedih pun ada. sedih atau lebih tepat, terasa. terasa sebab this year
tak banyak dapat hadiah cam last year, sedih sebab ada
kawan rapat tak wish pun, sedih sebab
celebration this year tak macam last year. kalau
last year, 5 kali kawan-kawan aku celebrate. macam tak caye kan? betul la. kat kedai ayam bakar depan universiti, welatain, slamlek, cafe2 dan restoran gmn. tak caye, tanya diorang. tapi this year sekali je. tu pun tak semua kawan rapat celebrate sesama.
kawan-kawan yang tegar; last year
malam ni punya cerita. patutnya aku
keluar makan berdua je dekat restoran melayu, ridz cafe. aku pun ok je la. dah orang nak belanja kan, ikut je la. kononnya berdua, sampai-sampai kat restoran tu,
ramai sangat kawan aku yang dah ada kat situ. aku masuk-masuk je, dorang nyanyi ramai-ramai lagu birthday. aku terharu sangat sebab semua orang yang rapat dengan aku, ada kat situ.
kawan-kawan aku ni memang full of surprises yang tak jadi. ahaha. ala..bukan salah korang pun. aku yang punya
instinct kuat sangat. nape tak jadi pulak?sebab aku dapat agak ada orang lain menanti aku kat restoran. at first, memang aku tak agak langsung ada surprise lagi macam last year. sebab tu la aku terasa sikit tu. tapi
kalau tak orang yang jalan dengan aku nak pergi restoran tu pandai cover, aku memang tak dapat agak dah. waktu on the way tu
muka gelisah je, dah la
selalu dapat call, pastu bila aku tanya siapa call, boleh pulak dia cakap tak kenal. haih, tak logik betul. lain kali belajar skill nak cover noe.. :P
tapi memang lawak la.
since last year aku dapat detect kalau korang nak buat surprise. aku pun tak reti camne nak kurangkan instinct aku ni. hehe. tapi tak kisah la. mana-mana pun, aku still
enjoy and happy and of course appreciate usaha korang. korang jangan la sedih ekh, next year belajar lagi. orang lain take turn pulak. ahaha. this year punya dah jadi dah sebenarnya, tapi tak perfect je. :D
kitorang makan kenyang sangat. makanan restoran tu, nasi ayam. pastu dah la ada makanan lain diorang bawa. kredit untuk atok sebab buat mashed potato + coleslaw + gravy, dan tasya sebab goreng ayam koki + fries. lepas makan tu, upacara potong kek pulak.
ok..ok. ni part paling best. sabby dapat hadiah! ingatkan this year tak dapat dah sebab dah tua kan, dah masuk 20. tu pasal la cam sedih sikit. waktu birthday aku tu, aku dapat daripada auni dan sarah je. tu pun, yang dari sarah tu sebab tukar-tukar hadiah waktu jamuan hari tu. kalau tak, memang konfem la auni je bagi.
auni bagi
yang ni, sarah
tu yang lama punya.
ni yang baru dapat.
from: biyanan dan syaz
aku boleh masukkan tangan kat dalam buat pukul-pukul orang dan buat peluk waktu tidur
from: tasya
aku boleh isi aksesori aku
from: faz dan nadia (housemates tasya) ; dorang wakil je
bukan hadiah potret uwis
tapi cermin pink yang comel cute (tadi tu reflection je)
from: kim
boleh sembur banyak-banyak kalau tak sempat mandi pagi
from: amal (kawan yang konon rapat tapi tak wish waktu birthday) :P
buat gantung kat pintu sudey
from: ulfah, housemate tercinta
barang keperluan (atau kehendak?) yang aku takde
from: zaza
bukti dia kawan rapat; faham yang aku ratu cermin :D
so..inilah hasilnya;
sebelum balik, mesti la ambil gambar dulu dengan semua orang, tapi ramai dah takde. kak dila dan zaza & housemates kena balik awal sebab masing-masing ada hal. yang ni je yang dapat kumpul.
setelah malam ni berlalu, aku tak sedih dah, sebab korang semua still celebrate birthday aku sesame. tapi farid takde, tuisyen ekh? takpe, aku faham. aku sayang sangat korang sebab korang buat aku rasa dihargai gell (ayat kolej jap). friends forever ekh. :) kepada yang tak dijemput tu, jangan salahkan aku sebab bukan aku yang jemput sesapa. dan jangan la terasa dengan diorang. kalau korang yang lain nak, kita celebrate lagi ekh, cukupkan 5 kali. :D
special to: ulfah dan paan. thanks a lot bunches berbundle. aku tau korang dua paling bersusah- payah antara semua. aku tak cakap pun yang lain tak. semua buat kerja yang terbaik! dan aku hargai semua tu. tapi untuk korang dua ni, aku nak bagi special thanks sikit, sebab korang masih tegar bersama aku ketika suka dan duka, melayan kerenah aku yang entah pape, since last year. sayang korang banyak-banyak. :-*