Friday, March 5, 2010

people can change


Smart Circle (SC) MEGA, location: dewan persada jazirah al-ward. SC ni diwajibkan kepada semua pelajar tahun 1 dan 2. sebab tu nama pun jadi mega. walaupun tak semua pelajar hadir, tapi saya tetap hadir. see, kan dah cakap saya budak baik. :P heh, perasan jek. waktu saya dan kak dila sampai tu, kami dah terlepas satu slot sebenarnya. slot purifying the soul.

memandangkan dah terlepas pengisian asal, saya pinjam la notebook fadhiila. at least ada la juga ilmu saya dapat sikit. berdasarkan nota dia la kan, dia ada la tulis tanda-tanda hati mati dan cara ubatinya. alamak, saya takde la ingat exactly apa yang dia tulis kan. antara yang saya ingat, dia ada catit, kalau susah nak bangun subuh, mula-mula baca doa biar syaitan tu lari, pastu ambil wudhu nak bagi segar. then insyaAllah tiada masalah untuk bangkit dari katil tu. berbalik kepada hati, ustaz yang merupakan pelajar dirasat tu kata, bila hati dah mati, kita sedar kita buat silap tapi kita tak hentikannya. so cara nak ubati balik, banyak-banyakkan la beristighfar pada Allah. insyaAllah hidup la balik hati tu. :)

tetiba je abang muaz masuk cam nak bagi ceramah. padahal tak termasuk dalam agenda pun. beliau menekankan pasal khidmat musyrif. beliau kata, betapa pentingnya akhawat menggunakan khidmat musyrif sebab nak elak gangguan orang arab. beliau ada cerita kes yang pernah terjadi yang mana pelajar perempuan diikuti orang arab dari pusat tuisyen sampai la ke rumah. uish, melampau da tu. nak kacau pun sikit-sikit dah la kan. tapi kita mana boleh expect apa orang nak buat. so, prevent la. tetiba teringat ayat abang muaz, "jangan jadikan diri sendiri penyebab orang lain buat silap". terkena batang hidung sendiri kot. sebab abang muaz cakap yang ada je kes budak junior tak nak pakai musyrif sebab dia nampak ada senior keluar tanpa musyrif. saya selalu je keluar tanpa musyrif. sorry :D ala..kes saya lain. saya tak nak pakai bukan sebab rasa musyrif ni menyusahkan, tapi saya yang takut menyusahkan. dah..dah..jangan argue. fullstop!

majlis diteruskan lagi dengan slot open your eyes yang merupakan penyampaian berbentuk video, iaitu lagu yang dinyanyikan oleh maher zain. waktu ni enjoy la juga sebab lagu tu cambest. :) pastu ustaz salman maskuri memainkan peranan dengan menyambung slot. beliau banyak memberi peringatan tentang kehidupan di dunia dan akhirat dengan menyatakan kebesaran Allah sebagai pencipta manusia, makhluk yang sungguh kompleks hinggakan dunia saintis masih lagi tidak dapat menyaingi; pengklonan manusia yang langsung tak sempurna sifat.



slot ishfino disampaikan oleh ustazah dirasat. dalam slot ini, setiap daripada kami diberi sekeping roti fino. kami diarahkan untuk menutup mata dan muhasabah diri. pastu ustazah tu akan sebut situasi dan kesilapan yang biasa dilakukan pelajar sekarang. untuk setiap kesilapan, kami kena gigit roti tu dan makan la of course. makin kecil roti tu, nampak sangat la banyak kesilapan yang pernah dilakukan. waktu ni, kalau ada sesiapa yang tak insaf lagi tu, tak tau la dah keras mana dah hati tu. nauzubillah.

ok. ni last part dan yang paling saya tersentuh. pihak ajk ada memasang video lagu berubah nyanyian edcoustic. lagu ni simple je. tapi serius disebabkan lagu ni la air mata pertama saya gugur pada hari ini. seolah-olah terkena batang hidung sendiri. sungguh, lagu ni memang menusuk sampai ke hati. saya pasti, majoriti tak faham apa perkaitannya. biarlah rahsia.


Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku




kak una, akak sc saya

p/s: sc best.

p/s: habis sc,pergi pasar :)



2 jejak ditinggalkan:

Anonymous said...

eyh2...sabby~ knl aku x???
ni robex.....
hahaha~ sje nk komen....
yg psl ustaz 1st tu slot puryfying the soul...
yg slot ustz salman tu open your eyes....
hehehe~

sabby sabrina said...

ahahah.ak tuka la ni jgk.
mne la ku tau.
ko xgtaw awl2.
:D

Post a Comment