Sunday, February 14, 2010

jaulah dahab-sinai



ohoho.
dah lama tak blogging.
almost a week.
mana sabby pergi?
saya pergi jalan2 la.
ke dahab dan sinai.

februari 10, 2010

kami (saya bersama 40 orang pelajar perubatan yang lain) bertolak lebih kurang pukul 3.00 am dari mansoura. melalui terusan suez, kami akhirnya tiba di semenanjung sinai. destinasi pertama adalah bekas tapak kubu israel yang terletak antara gunung sinai dan  terusan suez. dari sini kami boleh nampak sempadan israel, jordan dan juga arab saudi. israel telah menggunakan kubu ini ketika mereka menyerang egypt pada tahun 1973. peperangan selama 10 hari telah dimenangi oleh egypt pada 16 oktober 1973. itu pasal la ada tempat 6th October City kt cairo. mereka nak memperingati peristiwa ini la.






  

sempat bermain dengan tasik air tawar. nama je tawar, tapi air tetap masin..


malam tu juga kami bertolak ke dahab dan check-in di hotel khattab. kami berpeluang berjalan-jalan kat belakang hotel tu sementara tunggu chef kami, abang nan masak makan malam. 





februari 11, 2010

pagi2 lagi dah kena bangun untuk aktiviti safari. nama je safari, mula2 ingat masuk hutan. punya la cuak takut kena kejar dengan harimau ke ape, tapi main kat padang pasir je pun. mana ada haiwan tu semua. :) kalau terase nak main,sila2 la ke dahab. korang hanya perlu bayar le 100 kalau single, dan le 120 untuk double. single atau double tu maksudnya satu quadbike tu boleh naik sorang atau 2 orang la. hehe.






lepas makan tengahari, kami kena bersiap untuk aktiviti snorkelling kat blue hole. best tau dapat masuk air sambil practise swimming. dah la dapat tengok haiwan underwater. cantik je kat dalam tu. nak dive in tapi terase takut la pulak. bayar le 30 je sorang. berbaloi la. rugi kalau tak try. :)




malam tu ada bbq. dah penat seharian bermain, mesti nak makan sedap2 pulak. terima kasih kepada ajk yang berpenat lelah siapkan makanan. kami yang lain sempat tidur lagi. jangan jeles ye. :D

sempat bermain uno sementara tunggu makanan siap.

abang sito memberi ucapan. 

makan time. =p~

di kala insan lain lena selepas bbq, mereka sibuk membakar marsmellow. :)

kami pula sambung bermain :D


februauri 12 dan 13, 2010

last day kat dahab. sedih je. tapi perjalanan mesti diteruskan. nak pergi sinai pula. tiba2 cepat pula kami bersiap. sempat bersiar-siar lagi. :)





ketika dalam perjalanan, kami singgah di beberapa buah tempat bersejarah di sinai.

makam nabi saleh



batu berukiran lembu samiri


kisah lembu samiri ni macam ni. nabi musa nak minta pertolongan Allah dan beliau bagitau kaumnya yang beliau nak pergi selama 30 hari. beliau tinggalkan nabi haroun in-charged. instead of 30 days, he was gone for 40 days. kaum2 beliau pun berhenti percaya pada Allah dan mereka mula mengukir lembu samiri pada batu untuk dijadikan bahan sembahan. ukiran lembu samiri tu masih ada sampai lah sekarang...

makam nabi haroun


wadi arba'in (meeting place of 40 famous sheikhs)
jarak perjalanan: 3 km


mata air 12
(salah satu mukjizat nabi musa; satu mata air untuk satu kaum)

malam tu kami meneruskan perjalanan mendaki bukit sinai pada pukul 12.00 am. berbekalkan semangat yang kental, perjalanan sejauh 11 km diredah jua. terdapat 7 checkpoints yang disediakan bagi membolehkan kami berehat sebentar untuk hilangkan penat. tapi kami perlu cepat, kalau tak, kami tak berpeluang melihat matahari terbit. hanya dalam masa 4 jam, kami sampai ke puncak bukit.

di salah satu checkpoints, bersama pakcik dari prague



ya..itu dia. saat yang dinantikan.. 

cantik kan.. :)

hmm..matahari dah pun terbit. maksudnya? dah sampai masa kena turun pula la. pukul 10.00 am nanti dah nak mula bertolak pulang ke mansoura pula. kami hanya menggunakan masa selama 2 jam untuk sampai ke kaki bukit. separuh perjalanan daripada masa mendaki. hebat! :D 



ketika dalam perjalanan pulang, kami singgah ke sebuah tempat yang dinamakan hammam firaun yang terletak di teluk suez. firaun gunakan tempat ini untuk mengubati penyakit rheumatism, sakit sendi dan tulang lah lebih kurang. kat dalam tu panas sangat, macam sauna la. saya tak berminat pun nak masuk. confirm berpeluh sebab panas. malas dah nak tukar baju. lebih interested bermain dengan laut merah. :)




kami sampai di mansoura pada pukul 9.30 pm. sampai saja di rumah, tak mampu berkata apa2 dah. jumpa katil dan pengsan.

it was a long and tiring but exciting journey.
:)


0 jejak ditinggalkan:

Post a Comment