Monday, November 1, 2010

tiga sebab kenapa anda tidak perlu ambil teksi walaupun dah lambat ke kuliah.

7 jejak ditinggalkan
pertama.
jika anda perempuan, tambah pula keseorangan, pasti pakcik teksi akan bertanya soalan macam-macam. ada yang sampai diajak buat *tuuut*. orang arab ni memang gatal. biasalah. dah tanya macam-macam tu, bawa kereta pun lambat lah.

kedua.
jika teksi tidak penuh, pemandu akan berhenti atau perlahankan kenderaan jika nampak pejalan kaki yang seolah-olah macam hendak menahan teksi. korang yang nak cepat pun boleh jadi lambat sebab banyak pula perhentian dia.

ketiga.
haa..ini berlaku pada saya pagi tadi. geram sampai sekarang masih terasa. sengaja nak naik teksi sebab tau dah lambat, kelas praktikal pula tu. baru beberapa meter, ada budak arab lain yang tahan teksi. kuliah apa tah dia nak pergi, yang pasti memang bertentangan dengan jalan nak pergi ke fakulti perubatan. dekat dengan highway nak pergi cairo tu haa. dah la saya yang naik teksi dulu, pemandu pergi hantar budak arab tu dulu. memang geram. sepatutnya kalau jalan kaki dapat 10 minit je nak pergi ke kuliah. ni sampai 15 minit dalam teksi. melambatkan lagi sampai ke kuliah, ada la.


ini semua berlaku kat egypt. sekian. ~~

Saturday, October 30, 2010

adik-adik zaman sekarang

2 jejak ditinggalkan
cerita ini berdasarkan cerita sebenar. daripada sumber yang sahih, tidak melibatkan pihak ketiga.

situasi pertama.
berlaku terhadap saya sendiri. ketika itu saya hendak pulang ke rumah, dari rumah rakan saya yang terletak di kawasan istad. malam. saya singgah di sebuah kedai fotostat, nak fotostat la, apa lagi. terdapat 4 orang pelajar perempuan sedang bersiar-siar makan aiskrim. (senior tak buat macam ni selalunya, masing-masing busy study) tak semena-mena, salah seorang daripada mereka tegur saya, "eh, sorang je?" tak kisah lah nak tegur sebenarnya. tapi mereka beramai-ramai mengajuk balik jawapan yang saya berikan kepada budak itu. saya tak hangin langsung bila budak itu tegur dengan selamba, tapi bila mereka perli-perli saya balik, tu yang saya berapi. dari cara mereka saya dapat rasakan mereka pelajar tahun dua, dan mungkin mereka ingat saya junior mereka a.k.a tahun satu. saya kenal senior saya lah, dan mereka ini memang bukan senior.

situasi kedua.
berlaku pada salah seorang rakan rapat saya. ketika itu mereka (dua orang) dalam perjalanan ke stadium kerana ingin bermain squash, di tangan mereka ada raket. secara tiba-tiba mereka ditegur oleh lelaki melayu dari belakang, " ya! ya!" pada mulanya mereka tidak endahkan budak lelaki itu, tapi bila dah terlalu rimas, mereka berpaling. budak lelaki melayu itu terus berkata, "kat mana beli raket tu?"
memang tak kena dengan adab langsung la. nak bertanya pun ada caranya. sekurang-kurangnya beri la salam ke.. ni panggil "ya" pula tu. dia ingat kita kat negara korea ke. nak panggil "ya! ya!" mereka ini juga bukan senior.

situasi ketiga.
pelajar lelaki sem 3 nak 'masuk daun' pelajar perempuan sem 5. nak mengorat pun tunggu la masa yang sesuai, dik. ni baru kenal terus nak tanya macam-macam, nak gayut lama-lama. awak tu junior, mungkin sebaya, tapi ada adabnya bila bercakap dengan senior. jangan buat selamba macam tu je. kalau dah kenal lama dan rapat, bolehlah consider.


bukan nak timbulkan kebencian sesiapa, bukan nak timbulkan kemarahan. tapi nak tegur dengan cara yang baik sebelum lebih banyak kesilapan dilakukan. saya tahu, meluahkan perasaan di blog macam ni bukan caranya, tapi kalau hendak dibuat perjumpaan, pasti masing-masing ada sedikit rasa malas nak hadiri dengan alasan sibuk dan sebagainya. saya tahu ramai pelajar tahun dua tak mengenali pelajar tahun tiga seluruhnya, memandangkan majoriti daripada kami sendiri tak pernah melakukan perjumpaan dengan adik-adik. namun bukan lah alasan untuk merasakan diri itu dah cukup besar, dan menganggap semua orang yang tak dikenali itu adalah junior kamu.

nasib baiklah yang kena ni adalah pelajar yang baru tiga tahun berada di mesir. kalau yang dah lima atau enam tahun tu, buat malu sendiri je lah adik-adik ooi. saya harap adik-adik jangan lah buat macam tu lagi. sedangkan senior kami pun tak pernah buat macam tu. jangan sampai ada senior treat adik-adik macam zaman sekolah dulu, dah la. takkan zaman universiti pun masih nak ada ragging lagi.


what you give, you get back. kalau ada junior adik-adik buat dekat adik-adik nanti, jangan nak melenting pula. fikir apa yang anda pernah lakukan pada orang lain.

Thursday, October 21, 2010

new sEm.hiGh cOm.zAkaT

5 jejak ditinggalkan

Assalamualaikum. 

Sudah sekian lama saya menyepi daripada meng’update’ blog ini. Alasan bertimbun. Yang paling tak boleh blah, idea tertinggal kat msia. Memang nak kena cari idea baru ni. 

Mesti pelawat setia blog saya tertunggu-tunggu sabby’s tales seterusnya. Cerita terbaru? Saya dah lama dah kembali ke bumi ‘tercinta’, mesir. Sejak 5 oktober haritu lagi. Bermakna sekarang saya telah bergelar pelajar perubatan tahun 3 di universiti mansoura. Dalam tempoh hampir 3 minggu ni, dah banyak pelajaran yang telah dipelajari. Semua subjek baru belaka, kalau nak dibandingkan dengan subjek 2 tahun yang telah berlalu. Ada yang menarik, yang sangat menarik, lebih menarik dan paling menarik. Haaa.. kesimpulannya menarik lah pelajaran tahun ni. 

Siapa-siapa yang masih berada di msia tu pasti tertanya-tanya bagaimana lah pelajaran kami ini. Nasihat saya, cepat lah pulang ke sini. Kerana sememangnya sudah banyak kami belajar. Kalau nak nyatakan satu-satu, pasti ada yang blur kerana memang tak pernah lihat subjek ini sebelum ini. Maka datang dan tengok sendiri lah.

Kami kat sini dah lantik semua ajk tertinggi batch yang baru. Majoriti muka baru. Secara tak semena-mena, saya dilantik menjadi penolong setiausaha. Maka dengan komitmen baru yang diberi ini, saya bakal dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 2 blog; blog batch saya, dan blog saya ini semestinya. Maka tidak hairanlah jika selepas ini blog saya bakal bersawang lagi.

Lagi cerita, pasal zakat maidam. Khas untuk pelajar Terengganu di mesir sahaja. Informasi yang saya tahu ini, daripada abang saya sendiri yang berada di kaherah. Maknanya kalau saya tak bersikap ingin tahu, memang saya pun takkan tahulah. Saya pelik kenapa kami tidak diberitahu secara direct daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Apa yang saya ingin beritahu ialah, senarai nama penerima zakat telah keluar. Sila lah semak link ini. Saya difahamkan, untuk menerima zakat kali ini, kami perlu menghadiri kursus selama dua hari di iskandariah. Terdapat dua fasa, fasa satu pada 25-26 oktober, dan fasa dua pada 26-27 oktober. Sila semak untuk ketahui anda tergolong dalam fasa yang mana satu. Pengangkutan adalah urusan sendiri, manakala penginapan akan disediakan. Perlulah dibawa bersama kelengkapan selama 2 hari 1 malam, serta berpakaian formal + blazer + berkasut.

Itu sahaja buat masa ini. InsyaAllah akan cuba update dengan lebih kerap selepas ini.

Wassalam~~

Tuesday, September 7, 2010

skrg d' msia

1 jejak ditinggalkan
maaf kepada yang berkenaan.
kalau rujuk pada post sebelum ini, 
saya ada mengatakan bahawa saya tak dapat pulang beraya di malaysia pada tahun ini.
namun, atas sebab tertentu saya akhirnya pulang juga.
sejak semalam, saya memang sudah berada di malaysia.

kepada kak farah dilla, 
minta maaf kerana rahsiakan daripada akak terlalu lama.

kepada kazenku yang kononnya hensem, 
saya ingin tuntut duit raya rm 50 yang telah anda janjikan jika saya pulang ke malaysia. :))

Tuesday, August 31, 2010

bibi hilang?

4 jejak ditinggalkan
tak mampu memikirkan tajuk yang lagi baik, ye, memang pasal kehilangan bibi la yang saya ingin ceritakan.

alkisahnya semalam lah berlaku kehilangan. saya mula sedari bibi tiada ketika saya mula untuk memasak juadah berbuka puasa. pada kebiasaannya, bibi akan datang mengacau untuk meminta makanan. tapi saya pelik bibi tak muncul sampailah makanan siap disediakan. seingat saya, sebelum saya solat asar, bibi masih ada mengganggu saya belajar. hal ini merunsingkan saya. saya cari di seluruh tempat, dalam kotak, mana-mana tempat tersorok, dan termasuklah bilik housemates saya yang tertutup rapat memandangkan mereka tiada di rumah. tapi bibi tidak diketemukan. saya bingung.

saya keluar rumah. mencari-cari dalam satu bangunan. tika orang sedang menikmati juadah berbuka, saya sibuk merayau di kawasan rumah saya untuk mencari bibi, tapi pastilah tak jumpa juga. sedih, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. rakan-rakan begitu prihatin memberi kata-kata semangat di ym mahupun di fb. tambahan pula, keesokannya iaitu hari ini, saya ada exam besar yang dah lama saya nantikan. taknak lah kehilangan bibi boleh merosotkan saya ketika exam.

ke mana sahaja saya pergi, saya rasa rindu pada bibi. ke tandas, rindu kerana bibi tak pernah gagal menemani saya ke tandas, kecuali waktu tidurnya. ketika belajar, memandangkan saya terpandang kesan gigitan bibi yang berlubang pada nota saya. tika terpandangkan soft toys saya, kerana itulah juga mainan bibi untuk dia melepaskan geram. apatah lagi pada makanan, litter box, dan cage dia. memang bertambah rindu lah saya padanya. air mata tak dapat dibendung. sayangnya saya pada bibi seolah-olah bibi tu adik saya, anak saya, memandangkan saya sendiri memang tak mempunyai adik. sepanjang malam saya bersedih. walaupun saya tahu ada perang besar yang perlu ditempuhi pada esok hari.

pada pagi ini, tika saya sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan, saya terdengar bunyi kucing mengiau yang datang dari arah yang sangat dekat. saya tersangatlah cuak kerana saya merasakan saya terdengar dari dalam rumah saya. mana saya tak cuak, punca kehilangan bibi tak diketahui dengan tepat. memang lah saya suspek dia keluar melalui tingkap dapur yang terbuka, tapi pernah ada kes lama, di mana kucing saya memang hilang dalam rumah, dalam tandas yang terkurung, tanpa ada mana-mana lubang yang boleh ditembus! serius, tak tipu. sebab tu lah kehilangan bibi kali ini saya percaya kalau dia memang hilang tiba-tiba dalam rumah, walaupun saya tahu sekarang bulan ramadan, syaitan semua diikat. tapi puteri bunian kena ikat tak? heh. :D

memandangkan saya tinggal seorang, memang bertambah kecut perut lah saya. pagi-pagi hari lebih kurang pukul 8, dah cerah, saya bermula dengan memasang lampu bilik. saya ke ruang tamu, memasang lampu di situ. dan seterusnya di sinki depan tandas, lampu dipasang. sampai di pintu dapur, saya tolak kuat-kuat, dan lari ke depan. saya tungu kalau-kalau bibi muncul dari situ. saya lega sebab tiada. tapi saya lagi masih mencari. dan akhirnya saya membuka tingkap di ruang tamu, sejajar dengan tingkap bilik saya, saya ternampak satu makhluk berwarna putih yang dah tak berapa nak putih. saya jerit, "B!!" bibi pandang dan mengiau. memanglah saya boleh terdengar suaranya dengan kuat, memandangkan dia berada di sebelah bilik saya, tapi di tingkat bawah la, kat atas tembok.

saya terus berlari turun mendapatkan bibi. bibi mengiau-ngiau keriangan, saya rasa. hehe. setibanya di rumah, bibi terus buang air dan segala-mala, dan terus minta makanan, nampak sangat kebuluran. jadi kesimpulan yang saya boleh buat, memang bibi ada dalam bangunan sepanjang malam, tapi kat bahagian luar la, kan normally memang people boleh step pun pada bangunan dari luar. faham tak macam mana? ke keling ayat saya? hehe.

saya terpaksa meninggalkan bibi sejurus selepas itu memandangkan saya perlu pergi ke  universiti, ada peperiksaan yang perlu diambil. waktu peperiksaan selama 3 jam, tambah pula saya keluar rumah awal, dan balik lambat, memang lama lah saya tinggalkan bibi. sampai-sampai saja saya di rumah, belum buka pintu bilik lagi, saya dapat dengar suara bibi mengiau dari luar bilik. saya masuk, bibi terus menerpa. saya duduk atas katil, bibi datang dekat, saya gosok-gosok dia sampai dia tertidur. bibi dah jadi sangat manja! beberapa kali dia macam tu, nak manja-manja dengan saya. saya harap dia serik, dah tak tinggalkan saya lagi. dia lah racun, dia lah penawar. :)

p/s: maaf karangan agak skema. haha.