Alhamdulillah setelah 2 hari berulang-alik ke Cairo, akhirnya urusan mengambil wang zakat MAIDAM telah selesai. Pada mulanya kami telah menempah sebuah tremco dan pergi pada hari Isnin. Urusan yang tak selesai ditambah pula dengan leceh pergi beramai-ramai, bagi saya, mendorong saya untuk pergi lagi pada hari Selasa, berdua sahaja dengan kak dilla.
Berdasarkan daripada beberapa sumber yang saya dapat dan daripada pegawai Terengganu di Cairo itu sendiri, saya dapat tahu bahawa urusan mengenai zakat untuk tahun-tahun mendatang perlulah diuruskan sendiri oleh pelajar sekian-sekian. Ustaz Kamal tidak lagi ingin bertanggungjawab untuk menghantar borang ke Msia.
Tambahan pula, urusan mengambil wang zakat dan sebagainya, boleh dituntut di embassy (mulai hari Rabu; 1 Dis) kerana Ustaz Kamal tidak ingin lagi campur tangan dalam urusan mengenai pelajar. Ustaz Kamal kononnya merajuk dengan perbuatan sesetengah pelajar yang cuba menganiayai beliau.
moral of the story: janganlah perbuatan sesetengah pihak yang cuba menganiayai individu tersebut memberi kesan kepada pihak yang lain. maksud di sebalik cerita ini, disebabkan terdapat sesetengah pihak yang cuba menganiayai Ustaz Kamal, Ustaz Kamal terasa hati lalu mengambil keputusan untuk tidak lagi menguruskan SEMUA pelajar yang lain.
think before you act~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jejak ditinggalkan:
Post a Comment