Tuesday, March 9, 2010

so long

0 jejak ditinggalkan
jamuan akhir tahun pelajar tahun 2 konvensional.
tak sangka dah nak habis tahun.
cepatnya masa berlalu.
atau kita yang terlalu leka? 
hmm..itu tandanya khiamat dah dekat.
insaflah wahai manusia.

bersama birthday girls yang lain,dan juga 'penyibuk'




sarah menyampaikan hadiah :)



kesayanganku :-*

blog makin hambar.
erkk..
bukan malas atau bosan.
tapi masa sudah semakin suntuk.
exam kat selekoh je.
hehe.
insyaAllah saya akan mula memasifkan diri dalam dunia blogging.
tapi ini masih dunia saya mencurahkan rasa;
gembira,sedih,tension,kecewa,risau dan sebagainya.
chewahhh..
:D
tapi saya masih ingat prioriti saya kat sini.
ok,cukup!
sambung study..~

Monday, March 8, 2010

happy birthday to myself :D

2 jejak ditinggalkan
hari ini saya ke fondy lagi.
bukan untuk reunion phoenix,
tapi untuk celebrate birthday saya bersama rakan-rakan.
semua perempuan.
housemate saya (ulfah) yang beria ajak.
dia ajak kawan 'wajib' kitorang;
zaza and tasya
plus kim and mira.
oh,auni and aina pun ada.
:)






semua orang tengah khusyuk makan.
waktu tu saya tengah sibuk nak gores kad topup.
tetiba je najwa masuk bersama yana dan fadhiila,
bersama sebiji kek besar dari baron.
padahal kek daripada auni dah selamat masuk dalam perut
dan kek daripada kim dan mira belum usik pun lagi.
huhu..banyaknya makan :D
waktu tu saya tengah gores kan.
terasa macam dapat hadiah gores & menang je.
ahaha.






sebelum balik ke rumah,saya dan ulfah singgah ke rumah jiran kami.
kami 'celebrate' bersama kucing pulak.
:D
comel-comel dan gemuk-gemuk kan kucing ni.
geram je.
nak present kucing boleh tak?
:P




now i am 20.
perlu belajar untuk matang.
~!~

Saturday, March 6, 2010

reunion phoenix di mansoura

4 jejak ditinggalkan
phoenix buat reunion?
entry tak boleh blah dah.
bila jenguk..ceh,berapa kerat je. :P
memang banyak ni je pun phoenix kat mansoura.
kalau nak kumpul seluruh egypt tu,
cukup lah satu footbal team yang terdiri oleh;
sabby,auni,amal,pika,baby,
sarah,iera,nume',payusz,nasheikh and diba.
wah,cukup-cukup!
:)

plan nak buat reunion dibuat oleh mereka.(selain saya)
mereka plan kat facebook,saya mana la ada facebook kan.
poket tengah kosong,
hanya mampu mendapatkan belas kasihan auni saja.
*thanx auni*
waaa...sedih gila.
kenapa la kad ada problem bila suma orang yang balik msia dah balik egypt balik?
:(

kami tersampai awal la pula.

dalam 10 minit camtu,
amal,baby and pika pun sampai.
macam-macam sembang macam lah dah setahun tak jumpa.
hihi.
gosip itu..gosip ini..
topik auni paling hangat ye.
;)
oh kejap!
lupa nak cakap.
kami makan kat fondy.
:D









seronok bila sekali-sekala dapat kumpul macam ni.
bila lagi nak buat reunion satu egypt?
*wondering*
korang yang bukan kat mansoura tu datang la sini.
kan kitorang kat sini paling ramai.
:D

twisted fate

2 jejak ditinggalkan
USD dah habis.
duit saku pun dah habis.
tadi pergi la bank nak cucuk.
belum buat apa-apa dah kena tendang.
apa salah kad saya?
huhu.

bil eletrik bulan ni tak sampai lagi.
duit pcm tak bayar lagi.
berhutang dengan kak dila sebab jamuan akhir tahun.
impian nak join annual dinner gmn terpaksa dilupakan.
sedih.

pasni tak boleh dah beli susu sebelum pergi kuliah pagi-pagi.
tak boleh dah beli chicken burger waktu ada gap between lectures.
tak boleh dah bawa gula-gula halls atau nimm2.
tak boleh dah bagi kak dila chixo kegemaran.
tak boleh dah merewang after lecture pergi makan shakshukah.
tak boleh dah nak melantak limau sekilo sehari.
tak boleh dah nak gayut sebab tiada duit nak topup.
:( :( :(


p/s: tadi call umi. umi kata baju raya dah ada. 
kena semangat buat exam sebab kalau mengulang tak boleh balik. :D

Friday, March 5, 2010

people can change

2 jejak ditinggalkan
Smart Circle (SC) MEGA, location: dewan persada jazirah al-ward. SC ni diwajibkan kepada semua pelajar tahun 1 dan 2. sebab tu nama pun jadi mega. walaupun tak semua pelajar hadir, tapi saya tetap hadir. see, kan dah cakap saya budak baik. :P heh, perasan jek. waktu saya dan kak dila sampai tu, kami dah terlepas satu slot sebenarnya. slot purifying the soul.

memandangkan dah terlepas pengisian asal, saya pinjam la notebook fadhiila. at least ada la juga ilmu saya dapat sikit. berdasarkan nota dia la kan, dia ada la tulis tanda-tanda hati mati dan cara ubatinya. alamak, saya takde la ingat exactly apa yang dia tulis kan. antara yang saya ingat, dia ada catit, kalau susah nak bangun subuh, mula-mula baca doa biar syaitan tu lari, pastu ambil wudhu nak bagi segar. then insyaAllah tiada masalah untuk bangkit dari katil tu. berbalik kepada hati, ustaz yang merupakan pelajar dirasat tu kata, bila hati dah mati, kita sedar kita buat silap tapi kita tak hentikannya. so cara nak ubati balik, banyak-banyakkan la beristighfar pada Allah. insyaAllah hidup la balik hati tu. :)

tetiba je abang muaz masuk cam nak bagi ceramah. padahal tak termasuk dalam agenda pun. beliau menekankan pasal khidmat musyrif. beliau kata, betapa pentingnya akhawat menggunakan khidmat musyrif sebab nak elak gangguan orang arab. beliau ada cerita kes yang pernah terjadi yang mana pelajar perempuan diikuti orang arab dari pusat tuisyen sampai la ke rumah. uish, melampau da tu. nak kacau pun sikit-sikit dah la kan. tapi kita mana boleh expect apa orang nak buat. so, prevent la. tetiba teringat ayat abang muaz, "jangan jadikan diri sendiri penyebab orang lain buat silap". terkena batang hidung sendiri kot. sebab abang muaz cakap yang ada je kes budak junior tak nak pakai musyrif sebab dia nampak ada senior keluar tanpa musyrif. saya selalu je keluar tanpa musyrif. sorry :D ala..kes saya lain. saya tak nak pakai bukan sebab rasa musyrif ni menyusahkan, tapi saya yang takut menyusahkan. dah..dah..jangan argue. fullstop!

majlis diteruskan lagi dengan slot open your eyes yang merupakan penyampaian berbentuk video, iaitu lagu yang dinyanyikan oleh maher zain. waktu ni enjoy la juga sebab lagu tu cambest. :) pastu ustaz salman maskuri memainkan peranan dengan menyambung slot. beliau banyak memberi peringatan tentang kehidupan di dunia dan akhirat dengan menyatakan kebesaran Allah sebagai pencipta manusia, makhluk yang sungguh kompleks hinggakan dunia saintis masih lagi tidak dapat menyaingi; pengklonan manusia yang langsung tak sempurna sifat.



slot ishfino disampaikan oleh ustazah dirasat. dalam slot ini, setiap daripada kami diberi sekeping roti fino. kami diarahkan untuk menutup mata dan muhasabah diri. pastu ustazah tu akan sebut situasi dan kesilapan yang biasa dilakukan pelajar sekarang. untuk setiap kesilapan, kami kena gigit roti tu dan makan la of course. makin kecil roti tu, nampak sangat la banyak kesilapan yang pernah dilakukan. waktu ni, kalau ada sesiapa yang tak insaf lagi tu, tak tau la dah keras mana dah hati tu. nauzubillah.

ok. ni last part dan yang paling saya tersentuh. pihak ajk ada memasang video lagu berubah nyanyian edcoustic. lagu ni simple je. tapi serius disebabkan lagu ni la air mata pertama saya gugur pada hari ini. seolah-olah terkena batang hidung sendiri. sungguh, lagu ni memang menusuk sampai ke hati. saya pasti, majoriti tak faham apa perkaitannya. biarlah rahsia.


Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku




kak una, akak sc saya

p/s: sc best.

p/s: habis sc,pergi pasar :)