Tuesday, June 22, 2010

gemuk kusayang

10 jejak ditinggalkan
hi readers.
dah lama sabby tak upload gambar terbaru beloved b.
nah ambil tengok cuci mata.
fyi, b dah jadi tersangatlah gemuk.
tengoklah aksi si gemuk saya ni.
big grin

si gemuk ketika tidur..


si gemuk ketika kemalasan..


si gemuk ketika main.. (sempat pose)



haa.. yang ni pelik. 
gemuk-gemuk pun masih larat nak panjat tinggi-tinggi.
hihi~~

selingan kejap.
bubu ada teman baru.
saya belikannya bobo sebab kesian tengok dia murung je seekor-seekor.
big grin


p/s: selamat study anatomy.
p/s/s: congrats to manchester students who have passed their exams.
:)

Monday, June 21, 2010

selamat hari abah

9 jejak ditinggalkan
kalau ikutkan waktu malaysia, hari bapa jatuh pada 20 jun. tapi kalau ikutkan waktu egypt, hari bapa jatuh pada 21 jun. memandangkan saya berada di egypt, post waktu egypt lah. heh, takpelah mana-mana pun, yang pasti ingatan tu tetap ada.

post yang tak seberapa ini hanyalah bertujuan untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah yang dikasihi yang berada di msia tu. sudah 26 tahun abah bergelar bapa. dan sudah tentunya sudah 20 tahun abah menjadi bapa saya.sekiranya ada silap dan salah tu, harap dimaafkanlah. nama pun manusia kan, mestilah tak sunyi daripada kesilapan.

minta maaf abah kalau sabrina ada tak dengar kata abah ke, boros ke, tak dapat-dapat lagi scholar.. insyaAllah saya cuba jadi yang lebih baik. abah doakanlah ye. :)

nak call msia tapi call application yang saya pakai iaitu lowratevoip, tak boleh harap. asyik disconnected. log in balik pun dia akan out juga. tengah call pun boleh putus. tak tau nak pakai application apa lagi. nak tunggu abah on9 ym, abah jarang on9. internet saya pun ca alif ca ta. kekadang je ada, tu pun lembab sangat. tengah tunggu kalau-kalau abah tambah elaun, boleh pakai broadband. heh, berangan je la. :D

tiada kata indah mampu saya ucapkan. doa saya, semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur, supaya saya boleh balas balik apa yang abah dah bagi saya selama hidup saya 20 tahun ni. insyaALLAH. doakan exams saya ye. harap boleh dapat title yang abah ada tu dalam masa 4 tahun lagi. ameen~~

Friday, June 18, 2010

teman hidup

7 jejak ditinggalkan
semalam bawa b pergi jumpa vet. hari tu punya infection kat upper respiratory tract b tak heal lagi. vet suruh tukar antibiotic baru which is lagi powerful and surely lagi mahal. demi b, disanggupkan jua. harap b sihat sepenuhnya lah lepas ni. ingat tak dulu b pernah kena inject vaccine? kan kebiasaannya vaccine kena inject 2 kali, nak boost effect yang kali pertama. maka sebab itulah b kena inject lagi semalam.


dan semalam juga saya belikan b rakan. bukan sama spesies b la yang pasti. tak larat la. yang satu ni pun tak terkejar. saya belikan b kura-kura yang dinamakan bubu! ilham dapat nama sebab nak kasi senang panggil, bibi dan bubu. :) kenapa kura-kura? sebab saya pernah pergi rumah k. wana, dan beliau membela kura-kura. waktu tu b ada bersama. b seronok mengejar kura-kura yang dinamakan kuma itu. maka tercetuslah idea untuk memberikan b teman. tambahan pula, kura-kura ni senang jaga. setakat tukar air once in a while dan juga bagi makan yang dia pun tak seberapa nak makan, saya rasa tiada masalah lah. :D


teman hidup saya,
bibi dan bubu.
love struck

Wednesday, June 16, 2010

exams dah start. yeay!

6 jejak ditinggalkan
written exams for finals has begun.
dimulakan dengan physiology pada 12 jun hari tu.
erkk, sorry for the outdated post.
internet sangat nazak, kalah ketika berada di rumah lama.
hmm.. kenapa lah bahasa sangat rojak ni?
thought formulation tidak dapat membantu untuk menyampaikan dengan baik.
sehinggakan apa saja yang terlintas, terus ditaip saja.
dah lama sangat ke tak blogging ni.
sampai nak bercerita pun tak reti dah.
straight face

esok ada paper lagi.
'favourite' subject lagi, histology.
*perkataan di apostrophe kan, faham-faham je lah*
huuu~
wish me luck, people.
saya nak balik malaysia cepat-cepat ni.
day dreaming

tiada apa sangat nak cakap.
hanya nak ucap selamat menjawab kepada semua pelajar universiti mansoura
yang sedang menduduki peperiksaan sekarang
terutama kepada pelajar tahun dua konvensional.
kepada pelajar yang dah tamat peperiksaannya tu,
selamat bergembira dan enjoy lah ye.
ALL THE BEST, people!!

pose maut b ketika pagi exam physiology
batting eyelashes

Wednesday, June 2, 2010

skipping.. not speaking :D

0 jejak ditinggalkan

Skipping is a great way to help you get fit fast; not only is it a high-intensity cardiovascular activity, it can also help to tone you up all over, targeting shoulders, bottom, thighs and calves.

Skipping is lower impact than running, and is therefore kinder to the joints. It is also a great way to burn calories; just 20 minutes of skipping will burn 250 calories.
The benefits of skipping include:

  • Increased cardiovascular fitness
  • Increased coordination
  • Increased muscle tone
  • Weight loss
  • Improvement in endurance

It's no wonder that many professional athletes and boxers incorporate skipping as a part of their regular workout routines and during training. Continuous skipping (for about 45 minutes) provides a high intensity cardiovascular or aerobic workout.

p/s: credit to ulfah for the website.
dipetik dari sini.

pabila baby mama semakin membesar

4 jejak ditinggalkan
ulfah pernah cakap, "nanti b dah besar sikit, mesti boleh panjat almari kayu ko ni."

tak payah tunggu b besar, fah, dia dah boleh panjat pun. ngee~

look how ignorant she was.

then snappy tom came.

and she responded pretty well.
batting eyelashes


sebenarnya b panjat almari tu sebab nak ambil tuna yang saya letak kat situ. since dia dah reti panjat almari tu, saya dah tak tau dah nak simpan kat mana makanan kalau tak nak b ambil. haih~~

p/s: snappy tom ni setanding dengan topcat.
boleh didapati di metro.
happy

Tuesday, June 1, 2010

nurul fadhiila amni raidi

7 jejak ditinggalkan
event: fadhiila's birthday celebration
venue: al-nakheel restaurant

 

 ketibaan fadhiila.
mata fadhiila sengaja ditutup bersempena dengan kejutan hari jadi untuknya.

 

celebrants:

 
zaza, najwa, fadhiila and yana (housemates)

 
k.dilla, k.ummi, yana, k.da, and k.samha (housemates)

 
 tasya and nadia (housemates)
sori sya, aku takde gambar ko lain dah, ni pun gambar yang aku crop. jangan salahkan aku, bukan aku main kamera. :D

and lastly..

 me and ulfah surely. :)

murah rezeki fadhiila. ada makcik arab (erkk..mak cik kot rasanya) belanja dia cocktail. pastu part yang paling best, makcik tu belanja le 50. kiranya nanti cashier deduct la le 50 dari bill kitorang. zaza tersenyum kelegaan bila dapat tahu. haha.  best kan? kak dilla, jom contohi makcik tu. :)

 
 ni lah makcik arab tu. sebelah fadhiila tu cocktail dia belanja.

to fadhiila:
 
- happy 20th birthday.
- a year older a year maturer.
- all the best for finals.

sebelum pulang ke rumah, saya dan ulfah singgah ke kedai haiwan sebab saya mahu beli pasir untuk b kesayangan. ada banyak sangat anak kucing baru. siapa-siapa nak beli baik pergi cepat. heeee~

 

 


ulfah bersama iguana.
tak sempat ambil gambar tangan ulfah kena kepit dengan iguana tu,
dah simpan kamera. heee~