tak mampu memikirkan tajuk yang lagi baik, ye, memang pasal kehilangan bibi la yang saya ingin ceritakan.
alkisahnya semalam lah berlaku kehilangan. saya mula sedari bibi tiada ketika saya mula untuk memasak juadah berbuka puasa. pada kebiasaannya, bibi akan datang mengacau untuk meminta makanan. tapi saya pelik bibi tak muncul sampailah makanan siap disediakan. seingat saya, sebelum saya solat asar, bibi masih ada mengganggu saya belajar. hal ini merunsingkan saya. saya cari di seluruh tempat, dalam kotak, mana-mana tempat tersorok, dan termasuklah bilik housemates saya yang tertutup rapat memandangkan mereka tiada di rumah. tapi bibi tidak diketemukan. saya bingung.
saya keluar rumah. mencari-cari dalam satu bangunan. tika orang sedang menikmati juadah berbuka, saya sibuk merayau di kawasan rumah saya untuk mencari bibi, tapi pastilah tak jumpa juga. sedih, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. rakan-rakan begitu prihatin memberi kata-kata semangat di ym mahupun di fb. tambahan pula, keesokannya iaitu hari ini, saya ada exam besar yang dah lama saya nantikan. taknak lah kehilangan bibi boleh merosotkan saya ketika exam.
ke mana sahaja saya pergi, saya rasa rindu pada bibi. ke tandas, rindu kerana bibi tak pernah gagal menemani saya ke tandas, kecuali waktu tidurnya. ketika belajar, memandangkan saya terpandang kesan gigitan bibi yang berlubang pada nota saya. tika terpandangkan soft toys saya, kerana itulah juga mainan bibi untuk dia melepaskan geram. apatah lagi pada makanan, litter box, dan cage dia. memang bertambah rindu lah saya padanya. air mata tak dapat dibendung. sayangnya saya pada bibi seolah-olah bibi tu adik saya, anak saya, memandangkan saya sendiri memang tak mempunyai adik. sepanjang malam saya bersedih. walaupun saya tahu ada perang besar yang perlu ditempuhi pada esok hari.
pada pagi ini, tika saya sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan, saya terdengar bunyi kucing mengiau yang datang dari arah yang sangat dekat. saya tersangatlah cuak kerana saya merasakan saya terdengar dari dalam rumah saya. mana saya tak cuak, punca kehilangan bibi tak diketahui dengan tepat. memang lah saya suspek dia keluar melalui tingkap dapur yang terbuka, tapi pernah ada kes lama, di mana kucing saya memang hilang dalam rumah, dalam tandas yang terkurung, tanpa ada mana-mana lubang yang boleh ditembus! serius, tak tipu. sebab tu lah kehilangan bibi kali ini saya percaya kalau dia memang hilang tiba-tiba dalam rumah, walaupun saya tahu sekarang bulan ramadan, syaitan semua diikat. tapi puteri bunian kena ikat tak? heh. :D
memandangkan saya tinggal seorang, memang bertambah kecut perut lah saya. pagi-pagi hari lebih kurang pukul 8, dah cerah, saya bermula dengan memasang lampu bilik. saya ke ruang tamu, memasang lampu di situ. dan seterusnya di sinki depan tandas, lampu dipasang. sampai di pintu dapur, saya tolak kuat-kuat, dan lari ke depan. saya tungu kalau-kalau bibi muncul dari situ. saya lega sebab tiada. tapi saya lagi masih mencari. dan akhirnya saya membuka tingkap di ruang tamu, sejajar dengan tingkap bilik saya, saya ternampak satu makhluk berwarna putih yang dah tak berapa nak putih. saya jerit, "B!!" bibi pandang dan mengiau. memanglah saya boleh terdengar suaranya dengan kuat, memandangkan dia berada di sebelah bilik saya, tapi di tingkat bawah la, kat atas tembok.
saya terus berlari turun mendapatkan bibi. bibi mengiau-ngiau keriangan, saya rasa. hehe. setibanya di rumah, bibi terus buang air dan segala-mala, dan terus minta makanan, nampak sangat kebuluran. jadi kesimpulan yang saya boleh buat, memang bibi ada dalam bangunan sepanjang malam, tapi kat bahagian luar la, kan normally memang people boleh step pun pada bangunan dari luar. faham tak macam mana? ke keling ayat saya? hehe.
saya terpaksa meninggalkan bibi sejurus selepas itu memandangkan saya perlu pergi ke universiti, ada peperiksaan yang perlu diambil. waktu peperiksaan selama 3 jam, tambah pula saya keluar rumah awal, dan balik lambat, memang lama lah saya tinggalkan bibi. sampai-sampai saja saya di rumah, belum buka pintu bilik lagi, saya dapat dengar suara bibi mengiau dari luar bilik. saya masuk, bibi terus menerpa. saya duduk atas katil, bibi datang dekat, saya gosok-gosok dia sampai dia tertidur. bibi dah jadi sangat manja! beberapa kali dia macam tu, nak manja-manja dengan saya. saya harap dia serik, dah tak tinggalkan saya lagi. dia lah racun, dia lah penawar. :)
p/s: maaf karangan agak skema. haha.